Tuesday, 31 December 2013

[Shaklee Seremban 2] Kenapa Kita Perlukan Supplement??

Salam semua!
Salam tahun baru 2014. Tahun ni merupakan tahun kuda menurut kepercayaan kaum Cina.
Jadi mari kita berusaha sekencang kuda untuk berlari menggapai cita-cita kita:)

okey..tajuk hari ni kenapa kita perlukan supplement..
kenapa ekk..secara jujurnya saya pun x pernah terfikir yang kita memerlukan supplement dalam mengharungi kehidupan di zaman moden ini.
Bak kata cikgu saya dulu, sekarang ni semuanya segera, mee segera, bubur segera, mati pon segera:)

Makanan segera menjadi kegemaran 


Mak ayah kita dulu xde pon nk makan supplement bagai, sihat je..
hmm..sy tanya kamu semua ye..mak ayah kita selalu x makan KFC, mcD, pizza...
ade x diorang terdedah kepada pelbagai makanan segera yang menjadi kegemaran rakyat malaysia sekarang ni?
Jwpn sy mereka sangat kurang terdedah dengan pelbagai bahan yang lebih membawa kepada kemudaratan drpada kebaikan itu.
Mereka mengamalkan ulam-ulaman, sayur ditanam sendiri tanpa menggunakan racun perosak. Segalanya selamat, bersih dan berkhasiat.
Manakala kita sekarang bagaimana??
Siang hari sibuk di tempat kerja,makan tak menentu, senaman sangat kurang kerana tiada masa, balik kerja dah penat, ajak husband makan kat luar:)
Sebab tu badan pun semakin bam-bam.
Gaya hidup yang sentiasa tertekan dan stress
Keadaan muka bumi yang semakin terjejas dek pencemaran alam sekitar mengakibatkan badan kita memerlukan nutrien tambahan untuk mengekalkan kesihatan diri kita sendiri.
Pencemaran alam semakin menjadi-jadi dek kerakusan manusia mengejar apa yang dinamakan kemodenan.
Hutan-hutan ditebang dan didirikan bangunan menjadikan bekalan oksigen bersih yang sepatutnya dilepaskan oleh pokok-pokok semakin berkurangan. Gas karbon monoksida terpaksa dihidu setiap hari disebabkan bilangan pengguna kereta di jalanraya semakin bertambah.
Dengan keadaan seperti ini, adakah anda yakin anda dapat mengekalkan kesihatan anda tanpa mengambil supplement? Tepuk dada tanyalah diri anda ok:)

Pencemaran alam sekitar yang semakin serius


Budaya dan cara pemakanan kita juga boleh menjadikan tubuh kita tidak dapat menyerap nutrisi dari apa yang kita makan. Kebanyakan di antara kita makan mengikut selera rasa tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan yang diperolehi daripada makanan tersebut. Cara masak yang menggunakan santan dan minyak yang banyak mengakibatkan lemak yang tidak dipakai terkumpul di dalam badan kita. Cara memasak seperti menggoreng akan mengakibatkan kehilangan nutrien penting dalam makanan.
Selain itu,amalan pengambilan minuman berkafein seperti nescafe 3 in 1 juga menyumbang kepada gangguan penyerapan nutrisi ini.


Amalan pengambilan minuman berkafein

Cara memasak dan makan mengikut selera rasa

Setakat ini dulu info kesihatan untuk hari ini. Berjumpa lagi di entri yang lain ye..babaiiii!!

Nak order vitamin Shaklee? jangan malu hubungi saya ok!
Setiap pembelian adalah disertai dengan FREE CONSULTATION

  • SITI RAODAH JANI
  • S.ID : 1065250
  • 016-9583 217 [SMS/WASSAP]
  • COD : SEREMBAN 2, NILAI
"MEMBAWA SHAKLEE KEPADA ANDA"


Wednesday, 18 December 2013

[ShakleeSeremban2] Kelebihan Omega Guard Shaklee

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3. 

Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.





Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee


1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus



Thursday, 12 December 2013

[Shaklee Seremban 2]Vitamin Untuk Preggy Mommy:)


Assalamualaikum semua!!.

Wanita mengandung memerlukan nutrisi dan zat yang mencukupi bagi memastikan si ibu dan kandungan sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah.
Kebiasaan suami amat teruja bila mengetahui isterinya mengandung buat kali pertama..almaklumlah..pertama kali akan bergelar bapa:)
Kebanyakan suami akan menjaga si isteri bagai menatang minyak yang penuh..hehe..syoknyeeeee!!!


Perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk ibu mengandung adalah keperluan nutrisi dan zat untuk bayi didalam kandungan dan juga untuk dirinya sendiri.

Kami di SHAKLEE menawarkan SET KEHAMILAN yang mudah diambil BAGI MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI ANDA.

Bagi 1st Trimester , vitamin yang disarankan pengambilannya adalah :-

  • ESP
  • B-COMPLEX
  • VITA-LEA
  • VITA-C
  • OSTEMATRIX
2nd Trimester

  • ESP
  • B-COMPLEX
  • VITA-LEA
  • VITA-C
  • OSTEMATRIX
  • OMEGA GUARD

1) B-COMPLEX - dilengkapi dengan biotin dan asid folik yang sangat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah yang sempurna dan sihat. Vitamin B-COMPLEX juga membantu si ibu merasa lebih tenang dan mudah mengatasi tekanan perasaan.

2) Vitamin C Sustained Release - vitamin C mudah musnah apabila kita berpeluh, stress atau semasa berjalan di bawah matahari. Vitamin C diperlukan bagi memastikan badan si ibu sentiasa bertenaga, tenang dan bijak menguruskan stress. 




3) Ostematrix - kaya dengan vitamin D, kalsium dan magnesium. Vitamin D dapat membantu tubuh menyerap kalsium dengan optimum. Ostematrix dapat membantu mengurangkan risiko batu karang dan sembelit. Kepentingan kalsium bukan hanya untuk kesihatan gigi sahaja malah ia membantu membina sel-sel darah merah bayi. Kekurangan kalsium di dalam badan menyebabkan bayi menyerap kalsium daripada tulang si ibu dan ini menyebabkan tulang si ibu mengalami kekurangan kepadatan. Keadaan ini membawa kepada risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang.


4) Energizing Soy Protein (ESP)- merupakan sumber protein yang mengandungi 9 essential acid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Protein merupakan asas dalam pembinaan sel di mana seluruh tubuh badan kita terbentuk daripada protein.
Pengambilan sumber protein setiap hari seperti ikan dan ayam tidak menjamin tubuh badan kita mendapat kesemua 9 asid amino tersebut.
Apa yang membimbangkan adalah pengambilan sumber protein secara berlebihan boleh membawa kepada risiko kolestrol dan kegemukan.
Bagi ibu-ibu yang menyusu, keperluan protein yang mencukupi dapat membantu penghasilan susu dengan syarat si ibu dapat memenuhi 3 syarat penyusuan iaitu :-

  1. Kerap menyusukan bayi (on demand). Bagi ibu yang bekerja, perlumengepam dengan konsisten setiap 3 jam sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Pengambilan air kosong yang mencukupi tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Tidak mengabaikan pengambilan makanan yang seimbang. 
**memadai dengan pengambilan 2-3 sudu besar ESP sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan semasa penyusuan***



5) Omega Guard - Membantu pembentukan dan perkembangan sel-sel otak.


6) Vita-Lea - Multivitamin yang terbaik memberikan sumber zat besi. Ia membantu pembentukan sel darah merah, menghalang ibu daripada pitam dan memastikan bayi dapat membesar dengan sihat.





Anda nak cuba?
Hubungi saya untuk order dan dapatkan konsultasi percuma dengan setiap pembelian.

SITI RAODAH JANI
Member ID : 1065250
SMS/Wassap : 0169583127
Facebook : Raudahku VitaShake





Tuesday, 19 November 2013

[Shaklee Seremban 2] Set B untuk Bakal Pengantin!

Penghujung tahun telah tiba! Saat ini ramai yang berdebar-debar menanti saat indah bergelar isteri atau suami. Persiapan dirangka dgn rapi agar majlis berjalan dgn lancar.


Dalam kesibukan membuat persiapan, jgn lupa persiapan utk diri anda sendiri. Pergi ke Spa adalah satu keperluan utk mendapatkan kulit yg bersih dan cantik supaya naik seri pengantin ketika bersanding nanti.


Selain daripada kecantikan luaran, kecantikan dan kesihatan dalaman perlu juga dititkberatkan. Shaklee menawarkan SET B + ESP sebagai vitamin dan makanan tambahan untuk menjamin kesihatan anda sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.


 + 


SET B terdiri daripada VITALEA, B-COMP, VITA-C dan ALFALFA.

VITALEA -untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh

B-COMPLEX – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
VIT E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

ALFALFA- membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

ESP - membekalkan tenaga serta menjadikan kulit lebih lembut, gebu dan anjal.

SET B bukan saja untuk bakal pengantin malah pengambilannya sangat digalakkan utk memberi tenaga kepada si ibu ketika menyusukan bayi.

Anda berminat?
Sila sms/wassap ye..





RAODAH (S.ID : 1065250)
0169583127



KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...