Saturday 27 September 2014

[Kota Kinabalu] : Negeri di Bawah Bayu Part 1

Assalamualaikum semua!

Apa khabar..semoga sihat sentiasa..
Sy baru saja menjejakkan kaki kembali ke semenanjung setelah 4 hari di Kepulauan Borneo.
Hehe..ni adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, bukan sy nak menunjuk yg sy banyak duit..tapi niat sy untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung.
Ditambah dengan minat husband yang suka berjalan tengok tempat orang dan keadaan kami yang masih belum dikurniakan zuriat membuatkan kami menjadikan aktiviti melancong antara aktiviti kegemaran kami.

Amboii..panjang betul intronya..Harap anda x bosan ye:)

Ok..cerita bermula apabila kami sampai di LCCT, dihantar oleh akak ipar husband a.k.a biras sy n adik husband a.k.a adik ipar sy serta 2 org anak sedara..Salah seorang anak sedara kesayangan kami menangis-nangis nak ikut kami..alahaiii..kesian die:)

Eyoi menangis nak ikut:)
Tanpa sempat memujuknya, kami terus melangkah ke check-in area. Kami lihat ramai Mat Saleh tidur dengan selambanya di tepi kawasan sebelum check-in. Mungkin mereka sedang menunggu flight transfer dan malas nak tidur di hotel. Jadi di tepi-tepi tempat duduk pun jadilah..Janji mata dapat lelap:)

Tips : Sebelum masuk, pastikan betul2 no flight, masa penerbangan dan no pintu gate pada skrin penunjuk tu betul ye..jangan sampai terlepas flight..nanti kena beli tiket lain pula..rugi!

Oleh kerana kami hanya membawa hand luggage, kami tidak perlu check in barang-barang kami.

Apabila masa penerbangan telah tiba, kami pun beratur dan menyerahkan I.C dan boarding pass untuk diperiksa. Selesai..kami terus menuju ke kapal terbang yang akan membawa kami ke Kota Kinabalu.

Tips : Ini adalah penerbangan kami yang ke-6 menggunakan Air Asia dan setiap kali itu jugalah kami terpaksa menapak selama lebih kurang 5-10 minit untuk ke kapal yang akan dinaiki. Oleh itu kami nasihatkan sekiranya anda mahu membawa ibu anda yang sudah uzur dan dah  tak berapa nak kuat untuk berjalan, pastikan anda membawa kerusi roda untuk ibu bapa anda. Kerusi roda sendiri tidak dikenakan caj..boleh rujuk SINI.

Masuk je air plane, kami terus cari tempat duduk kami yang berharga RM 6 seorang itu..Buat anda yang belum pernah menaiki AirAsia, pihak AirAsia akan memberikan kita tempat duduk yang mungkin terpisah daripada pasangan kita. Walaupun kita beli pada masa yang sama, ia bukan bererti kita akan duduk sebelah menyebelah. Jadi untuk mengelakkan kebosanan, kami terpaksa mem'burn'kan duit kami RM 24 semata-mata untuk memastikan kami duduk sebelah menyebelah semasa pergi dan balik.

Sebungkus gula-gula utk 2 jam penerbangan:)


Penerbangan seperti biasa..husband seperti biasa..kurang selesa dengan keadaan seat yang agak rapat..tapi nak buat macam mana..percutian bajetla katakan..hehe..

Bersambung ke Part 2...








Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor

Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
fax:
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

Friday 26 September 2014

[Bali Trip] Bali Untuk Kedua Kalinya Part 1

Assalamualaikum uolss!!

Salam Jumaat yang barokah..maaflah dah bersawang blog ni baru ku jenguk..hehe..
Ku masih berada dalam mood bali..hehe..mungkin disebabkan ni kali pertama aku melancong bersama kawan2 office...n disponsor sepenuhnya oleh company..tu yang rasa happy sesangat tuh..haha

Perancangan ke Bali dibuat dalam masa yang singkat. Aku bersyukur sebab kebetulan aku takde plan nak ke mana - mana pada masa tu. Percutian 5 hari 4 malam bermula 13 Sept hingga 17 Sept 2014. Aku terpaksa menerima hakikat yang aku akan meninggalkan husbandku tidur berseorangan selama tempoh itu..huhu..

Meeting demi meeting diadakan demi memastikan percutian kami berjalan lancar. Ini kerana jumlah kami seramai 53 orang..hmm..ramaikan..sehinggakan 2 hari sebelum kami terbang, ada meeting tergempar kerana flight dijadualkan akan delay (aiikk..awalnya tau flight delay..hehe..sebenarnya ada cerita disebaliknya).

Hari yang di tunggu tiba jua akhirnya. Hari Sabtu tersebut aku bekerja half day. Selesai waktu bertugas, aku bergegas ke Terminal One Seremban. Niatku nak shopping seluar n baju utk dibawa ke Bali nanti. Mungkin rezeki aku hari tu, aku nampak offer Jeans Ladylike 70%!! ladylike je pon..haha..Aku terus jadi rambang mata. Disebabkan aku shopping sorang2, aku terpaksa keluar masuk ke bilik persalinan untuk dapatkan jeans yang betul2 sesuai denganku. Dapat saja semua yang aku nak, aku bergegas pulang ke rumah untuk packing pakaian yang hendak dibawa.

Terasa malas kerana kebiasaannya setiap kali hendak ke mana2, husband yang akan packingkan semuanya. Tapi kali ini terpaksa buat sorang2..huhu..sedihh..

Kami dikehendaki berkumpul di perkarangan kilang jam 11 malam. Jam 8 malam aku dah keluar dari rumah..Awalnya? Excited sgt nak ke Bali kah? Tidak..sebenarnya husbandku hendak berexercise di gym yang hanya 5 minit dari kilang tempat aku mencari rezeki..Oleh itu kami gerak sekali..dan aku terpaksa menunggu husband habis exercise pada pukul 10.30 malam (sabar jela)..

Matrix Fitness Gym

Tepat 10.30 malam, kami bergegas ke Taman Arowana Impian sbb nak ambil kawan sepejabat. Selepas tu terus ke kilang. Sampai di kilang, suasana sudah meriah. Semua orang excited dan datang awal. Ada juga kawan2 ofis yg x berkesempatan join trip ni dtg sme2..

Tepat jam 11.30 malam, kami bergerak ke KLIA dengan 2 buah bas. Dalam bas aku ddk di hadapan sekali..Keadaan traffic di Plus Highway menuju ke KL jammed..Bas yang tersenggut-senggut memang membosankan.. Nasib baik driver tu mainkan CD yang agak best. So kami layankan jammed itu dengan hati berbunga riang membayangkan keseronokan di Bali nanti...

Bersambung di Part 2....

Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
0169583127 (sms / whatsup)
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...