Wednesday 21 May 2014

[Shaklee Seremban 2] Anak tak lalu makan??

Assalamualaikum semua:)
Apa khabar? Semoga semuanya sihat ye..

Hari ini cerita kita tentang anak yang tak lalu makan ataupun memilih ketika makan..Biasanya anak-anak jarang ambil sayur ketika makan nasi. Macam kat iklan tv tu..aarrrrgghh..sayuurrr...bedebuk pengsan..hehe..
Ada anak-anak saudara saya, taugeh sebatang pun taknak ada dalam pinggannya..macam mana nak buat tu?


Sekarang zaman dah berubah. Anak taknak makan sayur, kita ada MEALSHAKE untuk pastikan anak-anak mendapat nutrisi secukupnya. Mudahkan..kalau dulu zaman saya, kadang kala tiada lauk untuk dimakan, mak hanya kutip pucuk ubi dan masak tumis..dan mahu tidak mahu kami adik beradik kena ada selera untuk makan, kalau tidak memang berlapar la jawabnya..heheh..


                  ***Apa Perbezaan MEALSHAKE dengan Produk lain?***

Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain lagi.

                             ***Apa Kebaikan yang ada pada MEALSHAKE ***

1) Nutrisi yang lengkap - MEALSHAKE menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan     oleh tubuh badan manusia. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan tubuh sukar untuk menyerap vitamin dan mineral secara optimum. MEALSHAKE turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2) Membekal nutrisi kepada sel tubuh - MEALSHAKE kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa) yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan sebagainya.

3) Membantu proses tumbesaran - MEALSHAKE mengandungi asid folik, biotin selain kaya dengan kalsium dan magnesium yang sememangnya diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.

4) Anti-Oksida - MEALSHAKE mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan mlambatkan proses penuaan.

5) Mengembalikan seri wajah - MEALSHAKE mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih cantik.

6) Detoksifikasi - MEALSHAKE kaya dengan serat larut untuk membantu  membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7) Rasa yang lazat - MEALSHAKE menjamin rasa yang lazat untuk diambil bersama frukttosa semulajadi, menggantikan segera kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Ia tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. MEALSHAKE sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan.


PROMOSI MAY 2014 : MEALSHAKE BELI 6 PERCUMA 1! DAPATKANNYA SEKARANG!!

-SMS/WHATSAPP 0172243210 / 0169583127 UNTUK ORDER-

Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
SMS/WHATSAPP - 0172243210 / 0169583127
raudah851@yahoo.com
ADD - Raudahku VitaShake

LIKE - Raudahku E-Shoppe

Friday 16 May 2014

[Shaklee Seremban 2] Hot Produk Chewable Vit C Shaklee!


Hot Produk Chewable Vita-C Plus 100mg kini kembali!!
Malam td dh restock..
Stock LIMITED okay!
Sape cepat die dapat!!!

Kebaikan Chewable Vita-C Plus 100mg

~ sebiji Chewable Vita-C Plus 100mg mengandungi 100mg Vit. C + Rose hips + Bioflavonoids Complex. Rose Hips & Bioflavonoids berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan vit C semasa berada di balam tubuh.

~ Rasa limau yang sedap dan menjadi kegemaran terutamanya kanak-kanak dan mereka yang sukar menelan pil.

~ Sebiji Chewable Vita-C Plus 100mg bersamaan dengan 1 1/2 biji oren

~ Air liur akan membantu dalam proses pemecahan vitamin C dan ianya akan memudahkan penyerapan oleh usus kecil.

~ Pengambilan Vitamin C beberapa kali sehari memberikan kesan penyerapan yang lebih efektif berbanding pengambilan beberapa biji sekaligus. Ini kerana Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan.

~ Pasti tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan.

Hubungi saya untuk info lanjut.


Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:0169583127
fax:
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

Thursday 15 May 2014

[Shaklee Seremban 2] Apa itu vitamin Shaklee?


Assalamualaikum semua..pasti ramai yang tertanya2 apa dia vitamin shaklee ni?best sgt ker?berkesan ke?dan bnyklah tanda'???' yg muncul di fikiran kita..bila tertanya2 tu kenala cri jwpn kan..x pyh susah..bace je ape yg sy nk tulis ni..:)

Vitamin shaklee telah diasaskan oleh Dr Forrest C.Shaklee pada tahun 1915.Vitamin pertama yg diformulasikan dinamakan vitamin-vitalized mineral. Setahun sebelum negara mencapai kemerdekaan, Shaklee Corporation telah ditubuhkan. Produk Shaklee telah diperakui semulajadi, sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan yang pling penting sentiasa mesra alam..

Produk yang sentiasa selamat ini dibuktikan dengan lebih daripada 100000 ujian kawalan kualiti setiap tahun.Bahan botani yang digunakan mendapat pengesahan daripada pihak ketiga. Bagi setiap ramuan baru yang ingin digunakan, lebih 350 ujian pencemaran telah dijalankan.

Apa yang lebih membanggakan ialah produk Shaklee terbukti selamat dan mesra alam yang mana tiada perasa tiruan, pemanis tiruan, pewarna atau lemak trans, bendasing tersembunyi, tidak diuji ke atas haiwan, tiada bahan2 yg diharamkan dan tiada peluntur klorin ye..

Rupa-rupanya Produk Shaklee ni bukan setakat vitamin semata. Ada jugak produk untuk memudahkan para surirumah menjalankan tanggungjawab mereka. Ia termasuklah pencuci pinggan mangkuk, pencuci pakaian dan pelembut pakaian yang dijamin selamat dan tiada kesan sampingan.

Selain daripada itu, terdapat juga produk penjagaan kulit dan rambut...haaaa..macam-macam kan produk Shaklee ni..Vitamin Shaklee pula sudah lebih 50 tahun mendapat tempat di hati masyarakat. Produk baik sape yang tak nak kan.:)

Okeh..setakat ini saja sedikit sebanyak intro pasal Shaklee..haa??x cukup info?hehe..memanglah..info terperinci pasal vitamin xde lagi kan. Entri akan datang saya cerita pasal kebaikan VitaminShaklee ni ye..tunggu!Akhir kata, jom Shaklee!


Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee hari ini!


Call/SMS/Whatsapp 0172243210
Raodah (ID No : 1065250)
raudah851@yahoo.com
FB : Raudahku VitaShake
COD Sendayan, Seremban 2, Seremban.








Sunday 11 May 2014

[Shaklee Seremban 2] Glamourkah aku?

Assalamualaikum semua!

Amacam? Sempoi tak tajuk kat atas ni..hahaha..mcm retis gitu=D
Aku nak tulis secara santai dengan cerita yang ringan..Ianya tentang kehidupan dan kisah hidup yang aku lalui selama 29 tahun..

Aku dilahirkan pada 30 Januari 1985 di Hospital Batu Pahat. Adik beradikku hanya 3 orang dan aku anak yang kedua. Semasa aku berusia 2 tahun, satu kejadian yang tidak diingini berlaku..Aku telah cedera parah diserang seekor beruk yang mungkin sedang kelaparan.

Pada ketika itu, aku tidur berseorangan di dalam buaian..Ibuku sedang mencuci baju dan ayah serta abangku sedang menunaikan solat..Diceritakan bahawa memang ada seekor beruk besar yang garang selalu berlegar-legar di kawasan rumahku..Al-maklumlah, kawasan rumahku dipenuhi pokok-pokok dan mungkin menjadi habitat beruk tersebut sebelum ayah mendirikan rumah di situ.

Diceritakan bahawa kecederaanku sangat parah..sehinggakan jantungku terkeluar..parah kan..
Pada masa itu aku tak dapat gambarkan betapa sakitnya aku dan betapa hancur luluhnya perasaan ibu bapaku melihat keadaan aku waktu itu..Aku segera dikejarkan ke hospital..

Aku tak tahu berapa lama sebenarnya aku dihospital..Yang aku tahu, 3 bulan aku duduk di wad hospital JB..Wajah ayahku terpampang disurat khabar..namun keratan berita itu sudah hilang entah ke mana..
Diceritakan bahawa tangan aku terpaksa diikat dikatil hospital dek kerana kecederaanku dan keagresifan aku meronta-ronta nak balik rumah. Alhamdulillah, Allah telah beri aku peluang kedua untuk terus hidup.

Bila aku dah besar..umur lingkungan 5 tahun..aku sedar yang aku & keluargaku menjadi perhatian penduduk kampung..Mungkin ada reporter yang datang mahu mengambil gambar kesan kecederaanku tapi aku menyorok tak mahu berjumpa mereka. Bila aku ke kedai, ada yang suruh aku selak baju untuk lihat kesan jahitan di dada aku...

Kesan parut yang ada pada diriku kekal hingga ke hari ini..Yang paling terkesan adalah kakiku yang menjadi bengkok ekoran terputusnya urat di kaki dek cakaran si beruk yang ganas itu.

Namun kesan gigitan itu tidak menghalang aku membesar seperti kanak-kanak yang lain. Aku juga bersekolah seperti biasa..Suatu hari ketika aku di tingkatan 2, seorang reporter Majalah Pesona telah menungguku di rumah..Dia mengambil gambar dan menemurahku..Sekali lagi aku jadi retis bila gambarku terpampang dikulit majalah itu..Malu pun ada tapi aku terima saja dengan hati terbuka..

Aku membuktikan kesan kecederaan serius ku itu tidak menghalang aku bergiat aktif..percaya atau tidak..dengan kaki aku yang terputus urat itu, aku pernah mewakili pasukan kawad peringkat sekolah..hehehe..baru peringkat sekolah ok!

Aku juga membuktikan bahawa kecederaan semasa aku berumur 2 tahun itu tidak menghalang aku untuk bekerja kilang selepas sekolah dan pernah menjadi pekerja terbaik bulanan.

Aku juga membuktikan yang aku mampu meneruskan pelajaran di matrikulasi dan universiti..
Semasa di matrik,aku juga pernah dicalonkan untuk Kawad Kaki Terbaik namun pertandingan kawad itu dibatalkan disaat-saat akhir.

Dan percaya atau tidak, aku bertekad untuk menyertai PALAPES di UTHM selama 3 tahun dan menerima watikah sebagai Pegawai Muda berpangkat Leftenan Muda oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin..

Watikah Perlantikan sebagai Leftenan Muda

Terima watikah 

Dan percaya atau tidak, tidak ramai yang tahu kisah silamku dan orang pun tak pernah tanya kenapa kaki aku bengkok..Mungkin kerana aku sentiasa berusaha untuk menjadi seperti insan normal yang lain dan tidak menunjukkan kelemahanku...mungkinlah..

Setakat ini saja coretan Si Pari-Pari Pujangga..Sehingga bertemu lagi..Babaiiii



Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

LIKE Raudahku E-Shoppe

[Shaklee Seremban 2] Kenapa jadi Ahli Shaklee??

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya nak share sebab musabab kenapa saya memilih Shaklee sebagai jalan saya untuk menjana pendapatan..jom selusuri sejarah perniagaan sy yang tidak seberapa ni..hehe

Saya mula berjinak2 dalam bidang perniagaan sejak di sekolah menengah lagi.Nak tau sy jual apa? Sandwich & karipap..hehe..saya jual kat dalam kelas saja..dan saya tak dapat banyak untung pun ketika itu..almaklumlah..baru belajar nak berniaga..janji barang jualan habis..saya dah rasa lega yang amat sangat:)

Tapi perniagaan sandwich saya tidak bertahan lama. Saya berpindah ke SMTBP dan mengalami culture shock di sana..hahaha..sebab first time duduk asrama kan..banyak benda baru yang kena belajar termasuklah jadi plumber dan menghadapi pembulian oleh senior hampir setiap hari..hahaha..

Macam tu jugalah seterusnya bila masuk ke Matrik dan U..Minat berniaga nyata telah berkubur tidak bertanda.

Sehinggalah saya mempunyai kerjaya dan berkahwin, saya tidak menjalankan apa2 perniagaan..Pernah pada satu hari, seorang senior memperkenalkan sistem piramid kepada saya. Tugas saya hanya mencari downline dan downline saya kena cari downline untuk dapatkan income..saya teringat balik rukun2 perniagaan yang saya pelajari di sekolah petang.. salah satunya kena ada barang yang diniagakan..jadi konsep piramid ini, di mana barangnya???

Disebabkan saya belum dikurniakan cahaya mata selepas 2 tahun berkahwin, saya mula berfikir untuk melibatkan diri kembali dalam perniagaan kecil-kecilan..pada mulanya saya jual minyak kelapa dara, selepas itu saya jual kain pula..kesemuanya menggunakan konsep dropship..

Namun ianya tidak bertahan lama..banyak masalah dan saya kena hadapinya secara solo.
Ia termasuklah komen-komen negatif yang seringkali mengganggu gugat keimanan saya..

Suatu hari saya terlihat banyak post2 di FB berkaitan dengan Shaklee..perkataan ber shaklee..beralfalfa membuatkan saya teringin nak tahu apa sebenarnya Shaklee ni..
Saya ternampak ade vitamin yang membantu masalah kesuburan. Saya order GLA dan consume..
Saya tidak mengandung pun lepas ambil GLA..tetapi bila saya makan GLA, senggugut saya berkurangan dan senang membuang air besar.

Kali kedua saya order Vit C dan register terus sebagai ahli Shaklee..Sebab apa? Sebab jiwa nak buat duit saya berkobar-kobar..Apatah lagi saya melihat ramai rakan-rakan saya yang menceburi biz ini dan ada yg dah dapat income 5 angka!!!

Macam tak percaya kan?Tapi itulah kenyataannya yang 9/10 rezeki itu datang dari berniaga.

Anda berminat nak cuba?
Hubungi saya untuk info lanjut.


Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
fax:
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

LIKE Raudahku E-Shoppe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...