Saturday 6 December 2014

[Shaklee Seremban 2]Tips Mengatasi Stress di Tempat Kerja

Assalamualaikum semua!!
Apa khabar? Emm..mebi ade yg akan jwb..aku sihat..tapi stress la kat tempat keje aku tu..bla..bla..bla..

Stress dan kehidupan memang tak dapat dipisahkan. Siapa pun berisiko untuk mendapat stress. Yang bezanya cuma bagaimana cara seseorang tu meng'handle' stress dgn jayanya. Cuba kita tengok rakan sekerja kat sekeliling kita..kita nampak kan kalau diorg stress..dahi berkerut..mengeluh..garu2 kepala yang tak gatal..atau memang kepala tu berkelemumur..saya pernah terbaca kat majalah apa sy tak ingat..yang stress ni akan menyebabkan masalah kelemumur menjadi serius..haa..nampak logik tak kat situ..hehe..

Okey..Tips mengatasi stress ditempat kerja ni saya cedok sikit-sikit daripada pembacaan entri blog-blog yang hebat..dah lupa apa nama blog tu..heee..teruskan membaca!

Tips 1# Solat dan Berdoa

Stress hadir bila timbulnya masalah yg agak sukar diselesaikan..contohnya masalah dengan attitude @ perangai rakan sekerja..masalah attitude adalah paling sukar diubah kecuali tuan punya badan yang mengubahnya..betul x? Manakala solat pula mempunyai banyak manfaat dan fadilatnya..Solat menunjukkan kita menyerahkan segala-galanya pada Allah S.W.T. Dialah yang memberi ujian dan Dia jugalah yang memberi jalan penyelesaian. Solat, berdoa dan sabar adaah kunci utama bagi seseorang muslim itu untuk sentiasa redha. Bila kita redha, jiwa dan hati kita akan jadi tenang..Jadi kita boleh jauhkan fikiran negatif dan elak diri daripada stress. Kalau kawan kacau time kita tengah buat kerja..istighfarlah cepat2 supaya kita tak rasa marah..okey!

Tips 2# Take 5!

Haa..selalu x dengar perkataan ni? Selalu sangat wak time blaja kat U dlu..hehe..Time belaja mmgla stress bila apa yg lecturer ajar tu susah sgt nak masuk dlm kepala..Ni bila dah kerja pon kena take 5 ke? Ehh..haruslah..Mengikut kajian dan pengalaman sendiri..hanya 5 minit diperlukan utk menjadikan fikiran dan otak yang serabut tu kembali berfungsi dgn baik..Agak2 bos xde tu boleh tido kejap..5 minit jer..alah..bos pon tido kan..siap naik kaki atas meja lg..hehe..kalau taknak tido, boleh pergi pantri buat air..yang penting mesti kena lupakan pasal kerja dalam masa 5 minit tu..faham kan..

Tips 3# Senyum

Nak senyum apanya bile dah stress..stress kenalah mulut muncung..dahi kenalah kerut..hehe.. Kalau nak muka awet muda, korang kena senyum dalam apa jua keadaan sekalipon. Menurut kajian, senyum adalah senaman untuk memantapkan dan menegangkan otot-otot pada muka..bila senyum, orang lain pon akan senyum dengan kita..walaupon kena marah kaw-kaw ngan bos..cuba senyum..secara spontan aura positif akan hadir dan kita akan rasa bos marah untuk mengajar kita..bos sayang kita..sebab tu dia marah..lepas tu ucapkanlah Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana bos aku sudi bagi tunjuk ajar pada ku:) hehe..yang belum pernah try..boleh cuba ye lepas ni..

Tips 4# Tarik Nafas Panjang

Menarik nafas panjang memang terbukti boleh meredakan stress..Bila kita tarik nafas panjang, oksigen yang masuk akan membuatkan fikiran kita akan lebih fokus dan tenang..Tapi make sure jangan tarik nafas panjang kat tempat yang salah ye..hehe..ni tarik nafas panjang kat dalam toilet..lebih malang lg ade pulak orang tengah melepaskan hajat kat toilet sebelah..memang masyuk la jawabnya..silap-silap high mcm orang hidu gam..hahaha

Tips 5# Susun kerja dengan teratur

Susun kerja ikut ke'urgent'annya..hehe..Jangan cakap semua benda pun urgent..itu tak logik ok! tangan kita cuma ada 2 dan otak kita cuma ada 1..takkan kita boleh buat semua kerja dalam masa yang sama..agak-agak la kan..Buat satu checklist untuk setiap hari..bila kerja tu dah settle..kita just tick kan..jadi kita nampak apa yang kita dah buat dan apa yang kita belum buat..Kalau anda seorang yang genius, boleh buat checklist dalam kepala je ye:)

Tips 6# Ubah persekitaran kerja

Kalau meja anda serabut dengan kertas n so on..plzz..mintak tolong buat 5S dengan segera!
Sisihkan mana tak perlu dan yang perlu tu susun dengan kemas dan teratur. Kalau ada habuk ke taik cicak ke..tolonglah bersihkan..jangan biarkan..persekitaran kerja kita menggambarkan siapa kita sebenarnya. Kalau boleh ceriakan meja anda dengan warna yang lain dari warna pejabat yang biasa (putih dan kelabu)..contohnya pilih highlighter warna pink terang..pen warna kuning dan sebagainya..pemilihan warna yang kreatif banyak membantu mengurangkan rasa bosan dan stress semasa bekerja..tak percaya..cuba dulu k!

Tips 7# Cukup Tidur

Esok nak kerja, malam ni tolonglah tido awal. Tidur yang cukup dapat memudahkan seseorang tu berfikir dengan lebih rasional dan sekaligus akan terhindar daripada stress..Buat kerja dalam keadaan mengantuk, bila mengantuk, mudah untuk membuat kesalahan..bila dah salah..kena marah puak ngan bos..tu yang stress tu..

Tips 8# Amalkan Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex dapat merangsang hormon-hormon gembira dan menjadikan kita lebih tenang walaupun sedang menghadapi saat-saat stress yang melampau. Anda boleh dapatkan B Complex ni dari saya ye..Nak jauhkan diri dari stress, boleh consume B Complex setiap hari!

Oklah..sekian saja entri saya kali mi..semoga bermanfaat buat semua!


Anda mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...