Saturday, 10 October 2015

Pengalaman bersalin Muhammad Izz Ziqry.

Assalamualaikum semua!

 Lama dah tak jenguk blog ni kan..last bulan 6 hr tu..amboi..lama btul..hehe.. Actually hari ni dah hampir 2 bulan saya cuti bersalin..minggu depan dah start keje balik..rasa rindu dan malas bercampur baur..Apatah lagi nak tinggalkan si kecik ni kat pengasuh..harap semuanya ok nanti..

Ok..hari ni nak cerita pengalaman bersalinkan si comel Muhammad Izz Ziqry..setelah hampir 4 tahun menunggu cahaya mata..akhirnya doa kami diperkenankan..Alhamdulillah..orang kata sakit bersalin memang sakit yang paling sakit..memang rasa nyawa dihujung tanduk..buat kaum lelaki..hargailah isteri korang yang dah berkorban untuk melahirkan zuriat korang..kan:)

Muhammad Izz Ziqry lahir pada 6 Syawal bersamaan 22 Julai 2015 jam 12.05 tengahari. Time raya kan lagi2 raya pertama kat Batu Pahat, so memang tak duduk diam untuk prepare macam-macam nak sambut raya. Kaki dah bengkak, tapi tetap saya gagahkan..huhu..dipendekkan cerita pagi raya ketiga sepupu yang duk Kota Tinggi datang beraya..pagi tu saya sempat masak mee goreng untuk sarapan..sepupu yang nurse tu kata perut belum turun lagi..so dia jangka saya akan bersalin dalam seminggu lagi..hati saya lega sikit..at least sempat la nak beraya kan..hehe..

Petang raya ketiga saya balik ke kampung suami di Batu Kikir..Raya ke-4 beraya kat rumah saudara mara suami..memang best makan kuih raya walaupun sesekali terasa sakit perut tapi saya buat tak tau je..Raya ke-5 saya balik ke Seremban dengan niat nak datang kerja..sebelum ke opis, saya singgah ke Klinik Gadong Jaya untuk check up bulanan..nurse ade tanya takde rasa sakit ke..saya cakap takde..cuma baby selalu mengeras and tak berapa aktif..walaupun begitu saya masih boleh drive ke opis..sampai kat opis buat kerja macam biasa..sebab mood raya lagi nak buat keje pun agak malas..so jalan-jalan la kat meja orang lain..time pegi toilet, saya perasan saya dah bleeding..keluar darah macam period..saya dah berdebar..keluar toilet saya bagitau nurul yang saya dah bleeding sambil senyum..nurul pun macam caya tak caya sebab apa bleeding tapi senyum2..saya senyum sebab tak tau nak buat reaksi apa..haha..

Disebabkan dah bleeding, saya cepat-cepat bagitau bos nak balik..mana tau tiba-tiba sakit kuat ke..dah tak boleh nak drive pulak. Sebelum sampai rumah, saya singgah ke Klinik Gadong balik..akak nurse tu tolong check bukaan..agak sakit jugak la tapi tahan je la kan..nurse suruh saya terus ke hospital dan bawak semua kelengkapan untuk sambut baby.. Sampai kat hospital, sekali lagi check bukaan..mula-mula dengan doktor pelatih lepas tu dengan doktor senior..haiihh..sabar je la..doktor bagitau bukaan baru 1 cm tapi disebabkan dah bleeding, doktor arahkan saya masuk wad..huhu..

Lepas tukar baju pink, saya berehat sambil ditemani cik abang..selfie bagai tapi dalam hati memang berdebar..macam mana nak hadapi sakit yang paling sakit..untuk hilangkan debaran, saya berjalan-jalan mundar-mandir di wad..sesekali contraction, saya berhenti dan pegang apa juga yang boleh dicapai..contraction tu macam senggugut..datang sekali-sekala..time contraction hilang, saya boleh berjalan macam tak sakit langsung.. Suasana di wad cukup tenang..sesekali dengar baby menangis..pesakit keluar masuk..sesekali nampak husband pesakit masuk time bukan waktu melawat..mebi ada hal yang nak disettlekan..buat pengetahuan korang, wad bersalin dan kanak-kanak HTJ ni baru tau..jadi serba serbi baru dan sangat selesa..beza sangat dengan wad lama..sistem pun baru..yang tak bestnya, pesakit tak boleh ditemani oleh sesiapa pun hatta mak sendiri..tak best kan.. 

Menjelang malam, contraction semakin kerap..ade nurse datang untuk cek BP n pasang mesin untuk pantau jantung baby..malam tu saya cuma tidur2 ayam..contraction setiap 10 minit..panggil nurse sebab rasa tak tertanggung sakit contraction tu..nurse cakap biasa la tu..Masya Allah..saya tak boleh berbaring..menjelang pukul 4 pagi, saya tidur mencangkung di tepi katil..terdengar suara baby menangis kuat dari arah kiri saya..saya gagahkan diri ke katil adik tu..Mebi baby tu lapar or sejuk..saya tengok mak baby tu pujuk anak dia sambil berdiri dan darah nifas meleleh ke lantai..Allahuakbar..saya offer untuk pujuk baby tu..sementara nurse datang dan bawa adik tu ke bilik air untuk bersihkan diri..dah selesai semuanya saya kembali ke katil..sesekali whatsapp husband..dia pun dah tak tentu arah sambil berjanji akan datang melawat pukul 6 pagi nanti..

Menjelang subuh, saya bangun untuk bersihkan diri sambil melayan contraction..husband sampai pukul 6.30..saya cuma mampu tersenyum kelat..husband sedaya upaya nak senangkan hati saya..tolong buatkan air..basuh buah dan sediakan segalanya..tq husband sebab sangat memahami..pukul 7 pagi waktu melawat pun tamat..husband keluar ke ruangan menunggu..sebelum keluar dia buatkan air selusuh untuk saya..alhamdulillah.. Pukul 8 pagi adalah waktu doktor pakar round wad.saya tak bercakap langsung dengan doktor tu sebab tengah menahan sakit.walaupun nurse baru cucuk ubat tahan sakit, ianya tak mampu nak redakan sakit itu..doktor cakap labour room penuh dan dia akan cuba dapatkan labour room untuk saya secepat mungkin..saya cuma mampu mengangguk..saya tengok pesakit lain takde pun yang merintih menahan sakit macam saya..semuanya rileks je..pelik..

Rasa lapar tapi takde selera nak makan..tapi habis jugak kuey tiaw goreng yang pihak hospital sediakan..saya kena makan sebab takut takde tenaga time bersalin nanti..jam 9 pagi saya diminta ke bilik pemeriksaan untuk check bukaan..doktor kata dah 4cm dan arahkan nurse untuk hantar saya ke labour room time tu jugak..saya tambah berdebar..saya ditolak ke labour room..suasana labour room sangat tenang..time tu doktor pelatih tengah meronda..saya dah tak hiraukan semua tu..contraction yang semakin kuat..rasa nak tercabut paling besi tepi katil tu saya tarik dek menahan sakit..ya Allah..time ni saya cuba berzikir dan baca apa yang terlintas difikiran..

Jam 10 pagi husband dipanggil masuk untuk temankan saya di labour room..sebelum tu ada doktor perempuan masuk dan dia terlihat benang yang melilit diperut saya..doktor tu cakap ni semua khurafat..Allahuakbar..tak terlintas hati saya untuk mensyirikkan Allah..setelah 3 tahun kami berusaha, bermacam cara berubat yang kami jumpa..sama juga macam pergi klinik bila sakit..kita tak boleh kata doktor tu dan ubat yang sembuhkan penyakit tp Allah..kenapa bila jumpa doktor tak dikira kita khurafat? Nak je saya tanya balik macam tu tapi apakan daya saya tak mampu masa tu..kepada doktor tu terima kasih sebab sudi menasihati saya tapi menuduh saya melakukan perbuatan khurafat memang sukar untuk saya terima..

Atas dorongan nurse dan husband serta dengan izin Allah..saya selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12.05 tengah hari..Ya Allah betapa saya rasa macam tak percaya yang saya akan lalui semua itu..rasa sayu bila dengar husband azan dan iqamatkan baby..saya fikir segalanya dah selesai bila baby dah keluar..rupanya ujian lain menanti.. Nurse beritahu yang uri melekat dan terpaksa dikeluarkan dengan prosedur pembedahan di bilik bedah..saya yang sedang keletihan hanya mengangguk..saya ditolak ke bilik bedah dengan segera..sampai di bilik bedah, kakitangan semuanya dan bersedia..saya terpaksa di bius separuh badan untuk keluarkan uri dari rahim..saya tertidur semasa prosedur dijalankan dan sedar bila doktor bius tu kejutkan saya bila segalanya telah selesai..alhamdulillah segalanya dipermudahkan walaupun saya terpaksa melalui ujian uri melekat yang jarang2 dilalui oleh orang lain.

Saya ditolak kembali ke wad..ubat bius masih belum hilang..kaki saya masih kebas..saya tertidur lagi..bila saya sedar, Muhammad Izz Ziqry dah ada di sebelah katil saya..saya hanya mampu melihat dengan rasa yang tak dapat di gambarkan..rasa happy..terharu..nak nangis bila tengok baby yang selama 9 bulan saya kandung..baby yang selama ni menendang-nendang dalam perut..Allahuakbar..tak tergambar oleh kata-kata..

Dengan melalui prosedur keluarkan uri tu, saya tak merasa kena jahit hidup-hidup..mungkin itu hikmah yang tersembunyi..dan saya boleh berjalan macam orang biasa..begitulah pengalaman berharga yang saya ingin share dengan korang semua..pada yang baru nak bersalin, masa berpantang tu berpantang lah dengan betul..paling penting jangan panik dan stress bila dengar baby menangis..amalkan vitamin B complex untuk elakkan stress sebab stress ni boleh menyebabkan gila meroyan..nauzubillah..selain itu jangan angkat benda berat untuk elak peranakan jatuh..saya dah laluinya dan saya janji saya akan berpantang betul-betul time bersalin kali kedua nanti..insya Allah.. 

Itu saja pengalaman saya..jumpa di lain waktu..assalamualaikum..

Pic masa 4 bulan:)

Tuesday, 30 June 2015

[Shaklee Seremban 2] Kelebihan menjadi Ahli Shaklee


---------------Ini adalah pinned post ye..untuk entry terbaru, sila scroll ke bawah--------------

Assalamualaikum semua!
Apa khabar? Semoga semuanya sihat2 ye:)

Hari ini saya nak share betapa bestnya menjadi ahli Ahli Shaklee yang mesti diketahui oleh semua orang.

1.Cara mendaftar sebagai ahli.
   Hanya perlu berikan saya butir-butir seperti berikut :-


  1. Nama Penuh
  2. No. I.C
  3. Nama penuh pasangan & No. I.C (bagi yang sudah berkahwin)
  4. Alamat Pos
  5. Email
  6. No. Telefon
  7. No. Akaun Bank (untuk tujuan pemberian bonus)
Disertakan dengan yuran pendaftaran RM 75 (Sem), RM85 (S/S).
Anda juga boleh mendaftar sendiri di mana-mana branch Shaklee yang berdekatan dan menggunakan Shaklee ID saya (1065250) sebagai sponsor/upline.


2. Perlu ke promote kalau tak berminat nak buat biz Shaklee?
    Sekiranya anda tidak berminat nak menjalankan biz Shaklee, ianya tidak menjadi masalah. Anda tidak memerlukan sejumlah points setiap bulan bagi mantain keahlian Shaklee. Bagaimanapun bagi mereka yang berhajat besar untuk mendapatkan bonus setiap bulan, anda perlu promote produk Shaklee dan memerlukan sekurang-kurangnya 150 points untuk layak mendapat bonus dari Shaklee.

3.Wajib buat pembelian setiap bulan?
    Jawapannya tidak wajib untuk buat pembelian setiap bulan untuk mengekalkan keahlian anda.

4. Harga produk untuk ahli pula bagaimana?
    Harga ahli untuk setiap produk ahli adalah sangat menjimatkan! Penjimatan sehingga 30% bagi sesetengah produk.

5. Apa itu 3C?
    3C itu Cash, Car Bonus & Convention (umrah bagi muslim)..Anda layak untuk mendapatkan ketiga-tiga C ini sekiranya anda betul-betul serius dalam bisnes ini.

6. Ada bimbingan dari upline tak?
    Ada dear...anda tidak perlu bimbang dengan seminar, perkongsian dan bimbingan kerana ianya telah menjadi kewajiban bagi semua upline untuk membantu anda. Kami juga ada pages tertutup dan Group Whatsapp yang akan memudahkan anda menjalankan biz anda.

Bagaimana? Teruja dengan kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee?
Jom hubungi saya untuk mendaftar!

Siti Raodah Jani (S.ID : 1065250)
Sms / Whatsapp : 016-9583 217
FB : Raudahku VitaShake
LIKE : Raudahku E-Shoppe
Email : raudahku851@yahoo.com
Follow Instagram : raudahkuvitashake
COD AREA : SEREMBAN 2 & NILAI

Salam Sayang


Tuesday, 9 June 2015

[Shaklee Seremban 2] Promo Cantik Time Raya Jun 2015!

Assalamualaikum semua!

Seperti yg kita sume dah tau, promosi BUY 6 FREE 1 bulan ni ialah Vitamin C Sustained Release & Vitamin E!

Kedua-dua Vitamin ni tinggi antioksida tau..Vitamin C sesuai untuk tingkatka kolagen pada kulit..so kulit tambah anjal dan tidak tua sebelum masanya.

Vitamin E pulak famous sebagai vitamin kesuburan untuk suami isteri selain melembapkan kulit.
Nak tau kelebihan lain..jom tengok2 gambar kat bawah..

Promo Jun 2015!


Kebaikan Vitamin C yang banyak!

Sebotol Vitamin C SR mengandungi 180 tablet Vita C 500 mg. Sebiji Vitamin C SR sama dgn 7 1/2 biji oren. Sebotol Vitamin C SR hanya berharga RM 98 (inc.Gst). Sebotol ni boleh tahan 6 bulan tau! Mmg jimat dan berbaloi!

Vitamin E dan kebaikannya!

Harga Vit E hanya RM 158 (inc GST) dan sebotol untuk kegunaan 4 bulan!

Haa..mcm mana? Best tak bila tengok kelebihan2 yang ada pada dua produk ni..

Berminat nak cuba?
Hubungi saya terus untuk dapatkan SPECIAL PRICE:)

Siti Raodah Jani (S.ID : 1065250)
Sms / Whatsapp : 016-9583 217
Email : raudahku851@yahoo.com
Follow Instagram : raudahkuvitashake
COD AREA : SEREMBAN 2 & NILAI











[Percutianku] Team PROSBOC NEG Santai 5 Hari 4 Malam ke Phuket Day 2



Assalamualaikum semua!

Hari ni mood nak tulis pasal Phuket Day 2 pulak..hehe..Hari kedua ni memang best! Sebab apa?
Sebab pegi Phi Phi Island naik Cruise..haha..actually ala-ala Cruise la..yg sebenornye macam feri je..berangan lebih nih..

Kat entri yg lalu dah cerita camna kitorang dapat pakej Phi Phi Island ni kan..KLIK SINI..so pagi tu kitorang bangun pagi2 sebab ada transport yang akan datang amik kitorang jam 7 pagi..aku terjaga pukul 5.45 pagi..ingat awal lagi..sekali selak langsir..tu diaa..langit dah cerah..kelam kabut bersihkan diri tuk solat subuh..haihh..so tak hairan la agen tu cakap nak amik kitorang pukul 7 pg..sebab kat sana pukul 7 dah mcm pukul 8..huhu..

Pukul 6.45, pintu bilik kitorang dah kena ketuk oleh Jrol..cepat betul dia ni..kitorang tak siap pun lagi..pakai ala kadar dan bawak apa yang patut, kitorang pun keluar  join diorang duduk2 santai tepi swimming pool..untungnya kitorang masih belum ada anak sebab still rasa berhoneymoon..hehe..kalau dah ade anak..fokus mestila kat anak kan..so ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kan..

Rileks di tepi swimming pool yg mendamaikan
Tepat jam 7 pagi, transport yang dijanjikan pun sampai..bukan lori yang diubahsuai seperti di Krabi ye..tapi van Commuter yang sangat selesa dan boleh muat lebih dari 10 orang! Kitorang mengharungi perjalanan lebih sejam untuk sampai ke destinasi termasuk melalui bandar Phuket. Pelabuhan Cruise tu memang besar..tak ingat apa nama tempat tu..gambar pun lupa nak amik..

Sume excited nak naik Cruise!
Turun dari van, kitorang dipanggil untuk sedikit briefing..Lepas briefing, tunggu sekejap..ada yang amik2 gambar..ada yang beli keperluan untuk snorkeling n macam2 lagi. Masa untuk naik Cruise dah tiba..dengan Bismillah aku melangkah dengan penuh hati2..berdoa agar dipermudahkan perjalanan pada hari ini..

with Anne n Ammar yg cute!

Sea Angel ni nama tourist agen

Nak cepat sampai boleh amik speed bot tapi tak sesuai untuk wanita mengandung ye;)
Snap lagi dan lagi sambil bawak perut:)


with him<3
selfie sblm cruise berlepas:)

Bila Cruise mula bergerak, Ayie dah tunduk sambil pejam mata..pening katanya..emm..ni baru nak gerak..perjalanan amik masa 2 jam ++ tau..tak tau la camna nanti..minyak angin pun takde..harapkan gula2 jela utk hilangkan rasa pening..

Tourist guide dalam cruise sangat peramah dan murah dengan senyuman..kitorang memang rasa senang dengan dia..15 minit berlepas, kami dihidangkan dengan air teh, kopi, orange juice dan coke..pilih je mana nak..juga ada banana cup cake..boleh la untuk isi perut..dalam cruise juga ada jual makanan ringan dan juga aiskrim..harga macam biasalah agak mahal berbanding di daratan..tapi kalau dah nama pun melancong, apa nak kisah pasal mahal ke murah kan..janji puas hati:)

Setengah jam perjalanan, dah ramai yang meninggalkan kerusi masing2 untuk amik gambar di sekitar cruise..kitorang tak terkecuali ok..jom layan gambar2 yang cantik ni..hehe..

Salah satu pantai yang boleh dilawati

Bini-biniku gangster:)

cuba teka apa warna sebenar baju Ayie ni;)

salute my big boss:)

bukan senang tau nak dapat peluang bersantai mcm ni..

eh eh..ada mamat hensem la kat cruise sblh:)

Happy!

ni amik sendiri tau..bukan dari google ye:)
bersambung esok sbb punggung da kebas sbb ddk lama..anyway..slmt membaca!



okay..disebabkan mata dah ngantuk nak buat keje hakiki..curi masa sikit sambung blog sementara bos takde ni..hehe..

Melihat pemandangan yang begitu indah dan terpelihara membuatkan hati ni rasa teruja yg amat..Air laut menghijau..ciptaan Allah begitu unik..Masya Allah..disebabkan kitorang naik cruise, tak dapat nak singgah dan turun ke pantai2 yang cantik mcm time bercuti ke Krabi dulu (naik speed bot)..hanya mampu melihat dari jauh..huhu..

Tak lama kemudian Cruise pun stop di satu tempat utk snorkeling..air memang jernih..boleh nampak Nemo berkejar-kejaran..hehe..kebanyakan pelancong tak lepaskan peluang utk turun dan merasai sendiri pengalaman snorkeling kat sini termasuklah Ayie..
Ayie di kejauhan:)

ok..zoom sikit..nak tido ke nk snorkeling..hehe..

Amacam..best kan tgk gambar2 tu..orang kata memang rugi la kalau dah sampai sini pastu tak snorkeling..kalau dah mmg hantu snorkeling, masa sejam yang diberi mesti tak cukup..betul tak..sbb teruja ngan snorkeling, ade yg smpi tersepak muka member sebelah..haha..

Masa selama 1 jam dah habis..sume berpusu2 naik ke atas Cruise utk teruskan perjalanan ke Phi Phi Island..perut pun dah berdendang lagu M Daud Kilau..mmg ngam lah masa utk makan..time Cruise dah jalan, tetiba Ayie cakap ada orang tertinggal Cruise..haaaa...cmne bleh tertinggal pun aku tak tau la..mebi terlampau leka smpi org panggil pon tak dengar..Cruise tak berpusing balik..tak tau nape..mebi polisi dia camtu kot..mebi pemandu Cruise tu akan call kwn dia suh amik pki speed bot..mebi laa..

Beberapa minit, sampai la kitorang kat tempat yg dituju..Phi Phi Island! Nak masuk sini kena bayar tau..sekitar 20 Baht sorang..dah sampai sini apa lagi..kita makan puas2! Halal ke tak? Korang jangan risau sebab ada org yang akan guide ke tmpt yg halal n non halal. Tapi ada je yg non muslim amik makanan kat area makanan halal..mebi dirang dah boring ngan makanan non halal kot..huhu..

welcome to Phi Phi Island!!


baby dlm perut dh lapar

Ayie steady lg..hehe

pingan sume penuh..makan jgn tak makan!
Hidangan buffet tengah hari tu mmg menyelerakan..semuanya bercirikan Thailand..dah nama pun kat Thailand kan..huhu..Habis makan aku ke toilet kat salah satu hotel yang ada kat situ..yang peliknya org jaga toilet tu cakap la ngan English Thai style yg menunjukkan kalau guna toilet kena bayar..tapi bila aku hulur duit, dia cakap nevermind..aku serba salah nak masuk ke tak..haha..aku fikir mebi die tgk aku pregnant so dikecualikan dari kena byr ape2..bagusnya diorg kan..sgt prihatin pada insan yg lemah mcm aku ni..hehe..

Lepas lepak2 jap kat tepi pantai (xde nak mandi der) kitorang kembali ke Cruise..Time Cruise jalan, aku dah start ngantuk..sampai sakit2 leher aku dek terlentok kat kerusi Cruise tu..Ayie naik atas dek..aku tak larat dah nak jalan..Tetiba aku tgk wassap..Yan share gambar yg laki-laki kitorang tido baring atas dek! Punyela best! Kalau boleh aku pun nak camtu tapi takkan la kan..haha..

Time dah nak sampai ke Jeti Cruise tu, Ayie masuk balik ke tempat duduk dengan rambut kembang..hahaha..kembang pun kembang la janji puas hati..time kitorang sampai balik ke jeti, hari menjelang lewat petang..Cruise kitorang berselisih dgn bot2 pukat tunda..besar2 semuanya..teruja sangat sampai melambai2 kat crew pukat tunda tu (sbb tak pernah nampak)..heheh..tak tau la berapa lama diorang kat tengah laut cari rezeki kan..salute ngan diorang!

Turun je dari Cruise, van Commuter kitorang dah sedia menunggu..On the way ke hotel,Anne dan Yan mintak driver tu stop kat mana2 agen yang boleh bawak diorang ke pulau..tak ingat apa nama pulau tu..aku n Ayie pulak balik dulu ke hotel sebab tak bercadang nak join diorang (bajet tak cukup..hehe)

Selesai solat maghrib, kitorang sewa tuk tuk utk ke kedai makan halal..driver tuk tuk tu bawa kami ke kedai makan Islander..betul2 berhadapan ngan masjid..rupanya tak susah pun cari kedai makan halal kat Phuket ni..cari je masjid, kompem kat situ ada kedai makan halal..so korang jangan risau takut kebulur ke apa time datang ke Phuket ye..Pekerja Kedai Islander tu tau kecek Kelate..emmm..apa lagi..mmg best la kan..harga makanan kat Islander ni agak berpatutan walaupun still lg mahal dari Malaysia..tapi murah sikit dari Kusuma..n masakan kedai ni tak menunjukkan yang kitorang sdg ddk kat Thailand pun..rasa tomyam memang boleh masuk ngan tekak kitorang..nasi pulak bukan nasi pulut macam kat kebanyakan tempat kat Thailand..mmg best lah! Layanan stafnya pun best..terbaik! Highly reccomended!

sume dah lapar!!

Ihsan dr inimaisarahpunya.blogspot.com..tq dear!

Dah kenyang, lagi sekali kitorang collect 200 Baht utk byr tuk tuk..malam tu kitorang plan nak cari tempat urut yang best..tuk tuk turunkan kitorang kat area Patong Beach..kat situ memang tempat tumpuan pelancong cari souvenir..tempat urut murah2 pun bersepah..aku n Ayie takde niat nak berurut..so kitorang jalan-jalan sekitar area tu..niat nak tunggu tapi mcm lama sangat..so kitorang decide tuk jalan kaki sampai ke hotel..tgk waze mcm dekat..berpeluh gak la..jauh kot..huhu..

On the way tu kitorang sempat singgah 7E tuk beli aiskrim lemon tea..aiskrim ni takde kat malaysia tau..mula terjebak dgn aiskrim ni time kat cruise la..jalan2 malam sambil makan aiskrim tu..mmg heaven giler!

Aiskrim Lipton Lemon tea yg sgt best!

senyum kepenatan:)
tugu ikan kat roundabout area hotel


Ayie was here:)

Bila nampak tulisan Patong Beach, kitorang rasa lega giler..hehe..maknanya dah dekat ngan hotel..kitorang sempat lg amik2 gambar kat area situ..tempat tu memang best..angin pantai yang bertiup sangat mendamaikan..rasa nak tido tepi pantai je..huhu..

Sebelum melintas jalan balik ke hotel,kami singgah lagi ke 7 E area hotel untuk beli aiskrim..huhu..kitorang mmg dah gilakan aiskrim tu..takleh nak elak lg dah:)

Kitorang pun sampai ke bilik dengan rasa puas hati dan penat yg amat..aku dah la pregnant..tak sangka pulak boleh berjalan sejauh tu..mebi semangat baby kot..hehe..

Okey..selesai cerita pengembaraan hari kedua di Phuket..Nantikan sambungan hari ketiga pulak ye...daaaa!!



Friday, 29 May 2015

Kuasa Basic H2 Shaklee!

Assalamualaikum semua!

Semalam kita cerita pasal Phuket..hari ni kita kita terbang balik sekejap ke dunia Shaklee..
Kali ni nak cerita sikit pasal Basic H2 organic super cleaning concentrate. Sape kat sini pengguna setia Basic H sila angkat tangan..haa..nampak..ramai kan..ehh..mne sy tau ramai?
Mestila tau..kalau tak ramai, tak kan lah Basic H kehabisan stok baru-baru ni..hehe..

Seperti yang kita sedia maklum, Basic H adalah sejenis pencuci serbaguna..dlm bahasa omputihnya Multipurpose Cleaner..kalau dah nama serbaguna tu..memang boleh guna untuk banyak benda la kan..kita boleh cuci lantai..toilet..cuci mainan anak..cuci pinggan mangkuk..semuanya dalam 1 botol..tak payah dah beli yg lain!



Korang rasa Basic H ni sama tak dengan pencuci yang lain? Jawapannya adalah tidak sama ok!
Basic H dirumus sepenuhnya menggunakan ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Nampak pelik tapi benar..Mana mungkin bahan organik boleh hilangkan minyak! Nak citer ni..korang tau tak apa fungsi lain air basuhan beras selain tuk cuci muka n siram kat pokok bunga?
Jawapannya cuba korang rendam pinggan yang berminyak kat air basuhan beras tu..confirm kesan minyak tu akan berkurangan dan hilang..tak payah guna sabun beb..cer try test ok! Ni petua yg mak sy ajar kalau dah takde sangat sabun basuh pinggan kat rumah.

So dengan contoh air basuhan beras tadi, tak mustahil kan ramuan Basic H yg diekstrak daripada jagung dan kelapa mampu untuk membersihkan seluruh rumah korang. Dah ramai yang mengakui keberkesanannya. Ada pulak yang kata..alaaa..mahalnya..setengah liter harga puluh2..korang..memang sebotol tu cuma setengah liter je tapi ianya pekat ok!
Sebotol Basic H mempunyai kepekatan yang tinggi sehingga boleh membuat sehingga 48 gelen pembersih bila dicampur dengan air..haaa..banyak kan!

Tetiba teringat pulak time kelas nutrisi hari tu..Puan Sarah tu cakap sekarang ni ada pelbagai penyakit yang timbul sampaikan doktor sendiri tak tau nak bagi penawar apa.. Antara sebab timbulnya macam2 penyakit ni salah satunya dari gaya hidup kita. Apa gaya hidup kita..suka makan fast food, duduk di kawasan yang udaranya tercemar dan penggunaan barang2 yang tinggi kadar toksidnya. Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit dan sistem pernafasan..haa..takut tak? Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Percaya tak Basic H tak mengandungi bahan2 berbahaya seperti di atas! Basic H dijamin sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Ianya tanpa bahan pewangi dan lembut pada tangan.


Retail Price : RM 48.76

Berminat nak cuba?
Hubungi saya terus untuk dapatkan SPECIAL PRICE:)

Siti Raodah Jani (S.ID : 1065250)
Sms / Whatsapp : 016-9583 217
Email : raudahku851@yahoo.com
Follow Instagram : raudahkuvitashake
COD AREA : SEREMBAN 2 & NILAI





Thursday, 28 May 2015

[Percutianku] Team PROSBOC NEG Santai 5 Hari 4 Malam ke Phuket Day 1

Assalamualaikum semua!

Kembali setelah sekian lama menyepikan diri. Kembali dengan kisah aku bersama kawan2 kelab kereta PROSBOC NEG Div.

oppsss...aku fhm skrg ngah PANAZZ kisah kelab kereta Myvi FMC tu kan..hehe..jgn risau..kelab kereta PROSBOC mmg diiktiraf dan sah disisi undang2. Boleh google utk kepastian ye:)

Ok..sume dah tak sabar nak baca kisah kami di Phuket kan..ehehe..aku cerita day by day ok..selamat membaca!

HARI PERTAMA...

Kitorg bertolak dari rumah lepas Zohor..flight pukul 4..disebabkan pegi ramai, so kitorg nak kena kumpul dulu before berlepas..sampai klia2 diorang yang lain dah sampai untuk check in luggage..kitorang? jimat dengan bawak backpack saje..hehe..

2 beg utk 5 hari..jimat kan:)

settle check in luggage, kitorang terus ke ruang menunggu yang jauhnya aku rasa lebih dari setengah km..sebagai mak buyung terhormat, aku rasa pelik kenapa diorang ni jalan laju sangat..termengah-mengah aku ikut step diorang..haha..yang sebenarnya aku yg jalan lambat:)

sampai je kat ruang menunggu, penumpang yang lain dah beratur untuk boarding..huhhh...ngam2..time tu la husband nak ke toilet..time tu gak la aku kena tahan untuk sign surat kebenaran berlepas disebabkan pregnant. Staff tu sgt sempoi. Aku rasa lega sebab takde ape masalah utk terbang kali ini.

Masuk flight, husband cakap dah start pening..hehe..pembawakan budak la tu..aku..rilex saja sebab dari awal pregnant lagi sume simptom pening, loya, muntah dan mengidam aku serah kat dia..huhu..
Nasib baik masa penerbangan cuma sejam lebih..tapi aku rasa terbang kali ni yang paling scary sebab cuaca tak berapa elok..kapal terbang 3 kali turun mengejut sampai terangkat punggung kitorang..huhh..masa tu Allah je la yg tau perasaan kitorang...

Sebelum berlepas n merasa mcm naik roller coaster:)

Alhamdulillah kami selamat sampai di Phuket International Airport. Settle urusan passport, kami terus nak cari transport ke hotel..time tu la ada sorang brader ni bagi salam kat kitorang..dia cakap dia ada transport murah utk ke hotel.Disebabkan teruja jumpa brader muslim, kami pun follow je dia ke kaunter. Kat kaunter, ada sorang wanita bernama Maria tengah tersenyum manis..maka bermulalah tawar menawar antara Maria dgn Mem2..para suami hanya memerhati dan bersedia utk keluarkan duit dari poket.hahah

Happy giler bile tau boleh pegi Phi Phi Island:P

Tawar punya tawar kami dapat pakej Phi Phi Island menaiki Cruise berharga 1000 Bhat seorang..dan disebabkan kitorg amik pakej ngan die..die bg FREE transfer ke hotel! Wahh! Best giler!

Aku bayangkan bile bnde free ni mesti die bg bas buruk ni..x pun van yg dah season..hukum campak ke laut je..tapi..bila masuk ke mini bus tu..Ya Allah..punyela besar n selesa sangat..tak padan dengan free! Tu la..sangka buruk lagi..tak baik tau..huhu..

Perjalanan ke hotel kat pantai Patong ambik masa 1 jam lebih..dengan mini bus yang selesa amat tu..kami dapat menikmati keindahan Phuket dgn rasa teruja sekali..terus terang Phuket sgt bersih..jarang nampak sampah berlonggok..dan korang akan nampak betapa rajinnya penduduk Phuket ni sapu sampah tak kire masa! Yes..Phuket jauh lebih bersih dari Bali..oppss..hehe..

Kami sampai ke Le Tong Beach Hotel bila suasana hampir gelap..dah sah2 waktu maghrib dah masuk..waktu kat Phuket lambat sejam dari Malaysia..lagi sekali fikiran aku bersangka buruk lagi..emm..hotel ni harga rm 80++ je..mesti bese2 je ni..sangkaan aku meleset sama sekali..kami dapat 2 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas..disebabkan aku mak buyung, husband request bilik bawah betul2 depan swimming pool..masuk je bilik hotel..wowwww!!! Sgt besar n menarik! Bilik tu siap ade ruang tamu..tv ade 2..ruang tidur dipisahkan ngan pintu kaca..mmg mcm bkn rm 80 punye bilik ok! Kalau kat Malaysia..mesti harganya hampir rm 200..hotel ni sangat dekat dgn pantai ye..jalan kaki x smpi 5 minit tuk ke Pantai Patong..yg memisahkan hotel dgn pantai hanyalah jalan raya..

Katil King Size!

Almari besar, TV kat ruang tamu & dlm bilik

Kolam renang hanya 5 langkah dari bilik:)

Siap ade sofa utk lepak2..

Lepas snap gambar dlm bilik, kitorg rest..mandi n solat..lepas tu bersiap tuk makan malam kat Kusuma..restoran Melayu Malaysia yg agak femes kat Phuket tu..disebabkan jarak ikut waze dekat katanya, kami nekad jalan kaki saja..haa amik kau..berpeluh2 jalan kaki..siap salah jalan lagi..hehe..tapi best! Yg malas nak jalan kaki, bleh sewa tuk tuk dgn bayaran 200 Bhat. Tuk tuk bersepah kat sana..mmg sng nak cari..

Masuk je kat Kusuma..sume excited sbb bleh ckp melayu..hehe..bila tgk menu..jeng jeng jeng...tu diaa..telur dadar TH 100 lebih kurang Rm 11++..aku ngan Ayie dh pandang memandang dah sbb mcm x logik kot..family lain dh order dh mcm2..family Jrol total habis RM 300++..4 org mkn..giler kan! Kitorg amik nasi goreng apa ntah tp harga dlm TH 70 cmtu..rasa dia mmg..emm..blehla..tgk kiri kanan sume lauk sdp2..kitorg amik nasi goreng yg penuh ngan sawi je..sedih kan..huhu..nasib baik Ayie jenis kurang makan..so xde masalah..

Menu Kusuma Seafood..

Total diorg mkn 3000 Baht:)

Habis makan kitorang sewa tuk tuk untuk ke Bangla Road..nak tau apa sebenarnya ada kat Bangla Road tu..penuh ngan org Bangla ke..hehe..smpi je kat Bangla Road..benda pertama yg kitorang nampak..ramai mat saleh kat situ..benda kedua kitorang nampak..pusat2 hiburan terbuka dgn penari2 tiang separuh bogel (pompuan dan pondan) beraksi di atas meja..Astaghfirullah..sepanjang2 jalan di kiri kanan pusat hiburan pelbagai aksi lucah dan menggiurkan bertujuan utk menarik pelanggan..kitorang hanya mampu melihat..di sepanjang jalan penuh dgn org..wlupun bkn weekend, tapi tmpat tu sntiasa penuh..ada pulak yang mengiklankan pelbagai show lucah dgn harga diskaun..yg tak kuat iman..mmg terjebak..selain tu ada gak kedai jual baju, show breakdance, money changer dan pertunjukan silap mata.

** sorry gambar kat Bangla Road x dpt nk upload atas sebab2 keselamatan:))

Kitorang berjalan di Bangla Road sehingga ke penghujung jalan..siap ada pondan yang panggil Ayie tuk amik gambar sama..eeeuuu...hehe..kitorang menarik nafas lega bila dah sampai penghujung..Kaki pun dah penat..sewa lagi tuk tuk utk balik ke hotel..Sampai hotel tgk kaki..tu diaaa..tembam dek bengkak..hehe..apa lagi..mintak cik abg picit2 ckit..kitorang tidur awal sbb esok pagi nk pusing2 Phi Phi Island pulak...

Bersambung....
TQ:)

Siti Raodah Jani (S.ID : 1065250)
Sms / Whatsapp : 016-9583 217
Email : raudahku851@yahoo.com
Follow Instagram : raudahkuvitashake
COD AREA : SEREMBAN 2 & NILAI


Wednesday, 14 January 2015

[Shaklee Seremban 2] Ramuan Vivix (Sirap Shaklee)

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya nak cerita pasal Viviek..ehh..Viviek tu nama kawan kerja saya..Vivix..Vivix Shaklee..haa..bru btul:)

Almaklumlah bulan ni kan promo Vivix kan..mestilah orang nak tau apa yg Vivix bleh bg..berbaloi ke consume Vivix ni?Apa rasa dia? dan soklan paling popular..bape harga Vivix ni??

Ok..sy akan jawab soalan tu satu persatu..firstly saya akan cerita apa isi kandungan yg ada dalam Vivix ni..



Terdapat 4 ramuan hebat yang menjadikan Vivix ni begitu istimewa.

1) Muscadine Grape - Satu-satunya jenis anggur yang mempunyai lebih daripada 1 kromosom. Saiz sebiji anggur ini adalah sebesar bola golf! Anggur ni mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai dalam anggur jenis lain. Asid ellagik ini mampu menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti bakteria.

2) Purple Carrot      - Mcm yg kita tahu carrot adalah sumber terbaik vitamin A. Ianya mengandungi antioksidan yang tinggi digelar anthocyanins. Selain berfungsi sebagai antioksidan, ianya juga berfungsi sebagai anti-radang, anti-mikrobil dan anti-carcinogen. Ia juga memnbantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

3) Elderberry(Sambucus Niagra) - Bila baca nama berry ni teringat nama air terjun  Niagara..hehe..salah satu manfaatnya adalah mampu mengubati simptom flu terutamanya influenza B. Selain itu, berry ni mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat..cukup untuk mengukuhkan sistem imun dan melawan jangkitan virus. Secara keseluruhannya, berry ini mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung. Ia juga berkesan dalam pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

4) Polyganum Cuspidatum - Ianya sejenis tumbuhan perenial berasal dari asia yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ia merupakan sumber resverateol yang berfungsi sebagai anti-penuaan. Selain melambatkan proses penuaan, resveratrol juga mampu merendahkan kolestrol,           merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.        

Ok..semua dah tau kan apa ramuan hebat yang terkandung dalam tonik ajaib ni..Next entri tentang kebaikan Vivix plak:)

Berminat nak cuba?
Hubungi saya terus untuk dapatkan SPECIAL PRICE:)

Siti Raodah Jani (S.ID : 1065250)
Sms / Whatsapp : 016-9583 217
Email : raudahku851@yahoo.com
Follow Instagram : raudahkuvitashake
COD AREA : SEREMBAN 2 & NILAI


Tuesday, 13 January 2015

[Shaklee Seremban 2] Promo Gempak Januari 2015 (Vivix & Alfalfa BUY 6 FREE 1)!!

Assalamualaikum semua!

Sebelum tu saya nak minta maaf sbb biarkan blog ni bersawang lama:)
Sejak bergelar mak buyung ni..tahap kemalasan semakin meningkat..produktiviti semakin menurun..hehe

Ermm..korang dah tau blum promo Januari ni? Kalau belum meh saya gtau..Promo Jan adalah Vivix dan alfalfa Buy 6 Free 1..best kan:)

ni la dia promo Jan 2015:)

Retail Price Vivix : RM 475 (non member)
Retail Price Alfalfa : RM 53.75 (S) /RM 97.50 (L) (non member)

Berminat?
Hubungi saya sekarang!

Siti Raodah Jani (S.ID : 1065250)
Sms / Whatsapp : 016-9583 217
FB : Raudahku VitaShake
LIKE : Raudahku E-Shoppe
Email : raudahku851@yahoo.com
Follow Instagram : raudahkuvitashake
COD AREA : SEREMBAN 2 & NILAI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...