Assalamualaikum semua!
Apa khabar..semoga sihat sentiasa..
Sy baru saja menjejakkan kaki kembali ke semenanjung setelah 4 hari di Kepulauan Borneo.
Hehe..ni adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, bukan sy nak menunjuk yg sy banyak duit..tapi niat sy untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung.
Ditambah dengan minat husband yang suka berjalan tengok tempat orang dan keadaan kami yang masih belum dikurniakan zuriat membuatkan kami menjadikan aktiviti melancong antara aktiviti kegemaran kami.
Amboii..panjang betul intronya..Harap anda x bosan ye:)
Ok..cerita bermula apabila kami sampai di LCCT, dihantar oleh akak ipar husband a.k.a biras sy n adik husband a.k.a adik ipar sy serta 2 org anak sedara..Salah seorang anak sedara kesayangan kami menangis-nangis nak ikut kami..alahaiii..kesian die:)
Eyoi menangis nak ikut:) |
Tips : Sebelum masuk, pastikan betul2 no flight, masa penerbangan dan no pintu gate pada skrin penunjuk tu betul ye..jangan sampai terlepas flight..nanti kena beli tiket lain pula..rugi!
Oleh kerana kami hanya membawa hand luggage, kami tidak perlu check in barang-barang kami.
Apabila masa penerbangan telah tiba, kami pun beratur dan menyerahkan I.C dan boarding pass untuk diperiksa. Selesai..kami terus menuju ke kapal terbang yang akan membawa kami ke Kota Kinabalu.
Tips : Ini adalah penerbangan kami yang ke-6 menggunakan Air Asia dan setiap kali itu jugalah kami terpaksa menapak selama lebih kurang 5-10 minit untuk ke kapal yang akan dinaiki. Oleh itu kami nasihatkan sekiranya anda mahu membawa ibu anda yang sudah uzur dan dah tak berapa nak kuat untuk berjalan, pastikan anda membawa kerusi roda untuk ibu bapa anda. Kerusi roda sendiri tidak dikenakan caj..boleh rujuk SINI.
Masuk je air plane, kami terus cari tempat duduk kami yang berharga RM 6 seorang itu..Buat anda yang belum pernah menaiki AirAsia, pihak AirAsia akan memberikan kita tempat duduk yang mungkin terpisah daripada pasangan kita. Walaupun kita beli pada masa yang sama, ia bukan bererti kita akan duduk sebelah menyebelah. Jadi untuk mengelakkan kebosanan, kami terpaksa mem'burn'kan duit kami RM 24 semata-mata untuk memastikan kami duduk sebelah menyebelah semasa pergi dan balik.
Sebungkus gula-gula utk 2 jam penerbangan:) |
Bersambung ke Part 2...
Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
fax:
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
fax:
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake