Salam Jumaat yang barokah..maaflah dah bersawang blog ni baru ku jenguk..hehe..
Ku masih berada dalam mood bali..hehe..mungkin disebabkan ni kali pertama aku melancong bersama kawan2 office...n disponsor sepenuhnya oleh company..tu yang rasa happy sesangat tuh..haha
Perancangan ke Bali dibuat dalam masa yang singkat. Aku bersyukur sebab kebetulan aku takde plan nak ke mana - mana pada masa tu. Percutian 5 hari 4 malam bermula 13 Sept hingga 17 Sept 2014. Aku terpaksa menerima hakikat yang aku akan meninggalkan husbandku tidur berseorangan selama tempoh itu..huhu..
Meeting demi meeting diadakan demi memastikan percutian kami berjalan lancar. Ini kerana jumlah kami seramai 53 orang..hmm..ramaikan..sehinggakan 2 hari sebelum kami terbang, ada meeting tergempar kerana flight dijadualkan akan delay (aiikk..awalnya tau flight delay..hehe..sebenarnya ada cerita disebaliknya).
Hari yang di tunggu tiba jua akhirnya. Hari Sabtu tersebut aku bekerja half day. Selesai waktu bertugas, aku bergegas ke Terminal One Seremban. Niatku nak shopping seluar n baju utk dibawa ke Bali nanti. Mungkin rezeki aku hari tu, aku nampak offer Jeans Ladylike 70%!! ladylike je pon..haha..Aku terus jadi rambang mata. Disebabkan aku shopping sorang2, aku terpaksa keluar masuk ke bilik persalinan untuk dapatkan jeans yang betul2 sesuai denganku. Dapat saja semua yang aku nak, aku bergegas pulang ke rumah untuk packing pakaian yang hendak dibawa.
Terasa malas kerana kebiasaannya setiap kali hendak ke mana2, husband yang akan packingkan semuanya. Tapi kali ini terpaksa buat sorang2..huhu..sedihh..
Kami dikehendaki berkumpul di perkarangan kilang jam 11 malam. Jam 8 malam aku dah keluar dari rumah..Awalnya? Excited sgt nak ke Bali kah? Tidak..sebenarnya husbandku hendak berexercise di gym yang hanya 5 minit dari kilang tempat aku mencari rezeki..Oleh itu kami gerak sekali..dan aku terpaksa menunggu husband habis exercise pada pukul 10.30 malam (sabar jela)..
Matrix Fitness Gym |
Tepat 10.30 malam, kami bergegas ke Taman Arowana Impian sbb nak ambil kawan sepejabat. Selepas tu terus ke kilang. Sampai di kilang, suasana sudah meriah. Semua orang excited dan datang awal. Ada juga kawan2 ofis yg x berkesempatan join trip ni dtg sme2..
Tepat jam 11.30 malam, kami bergerak ke KLIA dengan 2 buah bas. Dalam bas aku ddk di hadapan sekali..Keadaan traffic di Plus Highway menuju ke KL jammed..Bas yang tersenggut-senggut memang membosankan.. Nasib baik driver tu mainkan CD yang agak best. So kami layankan jammed itu dengan hati berbunga riang membayangkan keseronokan di Bali nanti...
Bersambung di Part 2....
Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
0169583127 (sms / whatsup)
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
0169583127 (sms / whatsup)
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake
No comments:
Post a Comment
raudah851@yahoo.com