Friday, 28 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Udang mentega mabeles!

Assalamualaikum semua..slmt berhujung minggu semua..

Entri hari ni psl resepi udang mentega ye..mne la tau bleh bg idea utk utk mskn yg simple n sedap dihujung minggu ni kan..

Resepi ni sy ambil dr majalah MW..
Okey..xnk cite bnyk..jom kite tgk bhn2 untuk resepi udang mentega..

Udang Mentega Mabeles.credit ot MW

Bahan2 :
♢10 ekor udang dibersihkan
♢500gm mentega
♢10 biji kuning telur
♢6 biji cili padi dihiris halus
♢3 tangkai daun kari

Cara-caranya :

1) Gaulkan udang dengan sedikit garam. Goreng hingga masak. Setelah masak, angkat dan toskan.

2) Cairkan mentega hingga betul-betul panas

3) Pukul kuning telur dan masukkan ke dalam mentega yang telah dipanaskan tadi

4) Kacau perlahan-lahan hingga telur garing. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.

5) Akhir sekali masukkan udang ke dalam adunan telur tadi n kacau sebati. Toskan lebihan mentega dan siap untuk di hidang.

Camna..senang, simple n sedap bukan? Cuba jgn x cuba!


Untuk anda yang mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

Wednesday, 26 November 2014

[Shaklee Seremban 2]Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum sahabat sekalian..Apa kabo korang sume..Harap semuanya sihat ye..
Hari ni saya nak share sepotong ayat Al-Quran yang selalu saya baca dalam doa setiap kali selepas solat. Ayatnya begini...

credit to vnazedy.blogspot.com
Korang yang masih berusaha tuk dapatkan zuriat, nasihat saya korang jangan cepat putus asa.Cuba dan terus mencuba. Korang kena yakin korang memang boleh mengandung dan xmo stress ok?Sambil berusaha kita berdoa sebab anak adalah rezeki..rezeki kena mintak dengan Allah.

Selain doa, ikhtiar dengan pemakanan yang berkhasiat. Salah satunya produk kesuburan Shaklee. Yang saya amalkan sekarang ialah:-

  •  ESP utk menguatkan rahim sebagai persediaan mengandung
  • Vitamin E untuk merangsang mood seks..ehem:)
  • Alfalfa untuk mengurangkan keputihan.
  • Vitamin C untuk menguatkan imunisasi tubuh dan mengurangkan kekerapan demam
  • Mealshake untuk mencukupkan keperluan nutrisi tubuh
Selain itu, kita juga perlu bersenam sekali sekala untuk memastikan tubuh sentiasa cergas..Macam saya selalu gak join husband bergym..Paling best main peralatan yang macam naik tangga tu, kalori cepat hilang tau:)

Ok..setakat ini saja dulu ye..jumpe di entri yg lain..byeee..


Anda mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee




Salam Sayang

Tuesday, 11 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Release Tension di Gold Coast Morib Resort

Promosi utk Gold Coast Morib Resort
Assalamualaikum semua!
Bercuti mmg sgt menyeronokkan..apatah lg utk org yg slalu stress dgn kerja seharian..org kata bercuti ni akn mengembalikan mood n semangat utk terus bekerja..betul x?

Sy dpt promosi ini melalui Groupon. Pakej 2 hari 1 mlm, siap dgn breakfast, bilik studio suite yg dilengkapi jacuzzi dan tiket water theme park utk 2 org..Total harga Rm 168..murah x?hehe..

Kebetulan hsbnd bru balik dr mendaki Guning Kinabalu..jd kire mcm nk celebrate utk kejayaan dia la kan..hihi..

Happy nak pegi bercuti!

Sy sampai di Gold Coast Morib jam 12 pm..sy ingtkan Gold Coast ni lengang xde org..rupe2nya rmi gak org yg bercuti kat sini..sy dtg tanpa booking dahulu..kire hati kering main terjah je..disebabkan sy pernah email utk booking tp x dpt reply dr pihak resort, jd kami pun dpt tnjukkan bukti yg kami prnah email..nasib baik pihak hotel terima n kami pun dpt check in:)


Kat kaunter dah tulis siap2 check in jam 3 pm..check out jam 12pm..jd xlehla pandai2 nak check in awal kan..haha..disebabkan awal lg, kami pun round2 area Pantai Morib..pekena ABC dan cendawan goreng..nak tau bape harga total utk 1 mangkuk ABC n sepinggan cendawan goreng?..RM 10.30..gile x gile..cndwn kertas je kot..mcm bese bile dh terkena..kami akn reject kedai tersebut..lain kali kami xnk terkena lg..haha..

Suasana di Dataran Morib..siap ada busking utk memeriahkan suasana.

Bila jam menghampiri jam 3 ptg, kami terus ke hotel dgn rasa tak sabar nak check in..kami terus ke kaunter n dapatkan kad pembuka pintu..kami dpt bilik di tingkat 7..best giler sbb angin bertiup agak kuat bila di tingkat atas..lepas tu pemandangan hijau yg luas terbentang mmg memukau..bilik tu siap balkoni tau..jadi bleh lepak2 ambik angin kat balkoni..serius best! Bila dah masuk bilik..apa lagi..eh eh..bukan beromen ye..saba2 dulu..haha..kami pun gunakan kepakaran masing2..snap2 gmbr dlm bilik..yg kami paaaaling teruja bila tgk kat bilik mandi....ni dia...

Pemandangan dari balkoni..nampak x dh mcm padang pasir kat tepi pantai tu..hehe

Eh eh..nak pegi mne tu??

Haa..ni la dia jacuzzi dlm bilik..jap lg nak berpesta buih..oppsss..hehe
Haa..bilik air bertingkap okey! Sambil berjacuzzi boleh tgk tv dlm bilik..hehe..tp korg jgn risau..tingkap ni bleh kunci dr dlm bilik air..jd korg jgnla risau kalau kwn2 sebilik korg mengintai time korg melepaskan hajat..haha..

Lg gmbr dlm bilik..

Sedia utk dijadikan lautan buih:)

Katil spring yang selesa

Antara kemudahan yg disediakan

Kelengkapan dalam bilik boleh dikatakan hampir lengkap..ada hair dryer, tv, meja tulis, mini freezer, kettle dan ruang simpanan yg besar! Yg sy suka, bilik ni ada 3 cermin besar2 termasuk dlm bilik air! So xpayah berebut nak pki cermin ya..

Lepas Asar, kami bersiap ke pantai..jalan kaki je dah sampai..kat tepi pantai tu ada bar yg menghidangkan arak..mmg tak sedap mata memandang..tapi kami niatkan dalam hati nak tgk keindahan sunset..jadi semua yg xsedap dipandang tu kami abaikan je:)
Jom tgk gambar sekitar sunset di Morib..

Run for your life!

Suasana klasik yg mendamaikan

Cantik kan sunset kat sini

Pantai Morib ni landai sgt2..bila air laut surut..air mmg jauh ketengah..ada la dlm 100m..jauh kan.
Pantai pun tak berapa sesuai utk mandi sbb agak kotor..tapi pasir pantainya mmg terbaik..sgt haluss okey! Gold Coast Morib ni pun sesuai utk dinner company..sbb ada sediakan semunya mcm aktiviti luar yg mencabar..contohnya parasailing, kayaking n lain2..kat sini pon ada gym, mini market..bilik karaoke pun ade!

Selesai sunset,kami naik bilik utk solat Maghrib..selesai solat, kami keluar untuk dinner..kami tak dinner di hotel sbb agak mahal. RM 50 sorang rasanya..sesapa yang mampu makan banyak mmg berbaloi la mkn dinner ala bufet kat hotel ni.Utk yg macam kami yg mkn sikit je dah kenyang ni, boleh dinner kat tepi pantai..RM 50 utk 2 org..hehe..

Dinner di tepi pantai Morib..BEST!!

Perut dah kenyang, kami balik ke hotel..Lepak stgh jam kat tepi pantai..mata pun dah berat..mmg x larat dah lg2 perut kenyang kan..so kami pon naik bilik utk beradu awal supaya esoknya kami boleh turun srpn awal:)

Selesai Subuh, kami terus bersiap utk turun sarapan..sampai je dewan makan, dah ramai rupanya yg turun..isk..awal btul diorg ni..smpi tmpt duduk hampir tiada..tgk menu mmg menyelerakan..tapi yg agak pelik, ada menu nasi putih! Sarapan pagi nasi putih ngan kari ayam..hehe..tapi kari ayam dia mmg terbaik..walaupun sy tak ambik, sy tau rasanya sbb kuahnya yg pekat n nampak menyelerakan..iskk..ruginya x ambik! Benda pelik tang menu sarapan pagi tu, takde nasi goreng or bihun goreng mcm yg hotel2 biasa sediakan..kat sini mmg lain dari yg lain..TERBAIK!
Mebi menu setiap hari berbeza..mebi pd hari tu menu mereka mmg tak sediakan bihun grg or nasi grg..mebilaa....

Menu yg menyelerakan:)

Okeh..taknak menghampakan korang, sy senaraikan apa menu breakfast yg saya ingat ye..Nasi putih, kari ayam, mee goreng, sosej stim, kentang wedges, kacang panggang, coco crunch dan susu, puding roti, lengkong strawberi, dim sum, roti bakar, bubur nasi, salad dan kodok ikan bilis:)
Selain itu ada juga sediakan tembikai n epal hijau sebagai pencuci mulut..

Bila dh konyang, sonyum momanjang:)

Dah kenyang, hati pon senang..kami naik balik ke bilik..Husband sempat lg tidur sejam 2..mana taknya, tilam empuk dgn sejuk aircond..mmg memanjang mengantuk je la..haha..Jam 11 pg, kami turun ke taman tema air kat bawah..hanya untuk ambik gambar sbb sy tak brape minat nak mandi2 ni..kalau ada budak2 ok gak..tapi mmg kebanyakan yg mandi-manda pun budak2 je..mak bapak budak hanya memerhati..

Mak ayah lyn ank2..

Bebas di air:)

Dah snap sana sini, sampai masa nak checkout..sebelum check out, bantai berendam dulu.. habiskan segala sabun yg ada tuk jadikan buih..pastu bukak blower n feeling2 mcm org kaya..mmg BEST!

Dah puas berendam, kami bersiap utk checkout..dalam hati niat nak datang lg bwk mak ayah pulak..tak pun bwk anak2 sedara yg mmg suka main air..Bwk anak2 mmg best, time ni la diorg nk bersukaria..ye tak..

Ok lah..dah pjg sgt membebel ni..Korang yg nak rasa apa yg best kat Gold Coast Morib ni, call je terus utk booking..sbb bilik selalu habis tau..kalau nak datang terjah je pon boleh, tapi tak janji boleh dapat ke tak..hehe..Ok byeee..Assalamualaikum..


Untuk anda yang mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee




Salam Sayang

Sunday, 9 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Menggapai awan di Puncak Kinabalu.



Bangga di puncak Kinabalu
Assalamualaikum sahabat sekalian! Entri kali ini lari sikit dari cerita Shaklee ye..hehe..

Cerita tentang impian suami saya yg mahu menawan puncak Kinabalu dan kini dah pun tercapai..Alhamdulillah..Namun ianya tidak semudah yang disangka. Nak ke puncak tu tak lah susah sgt katanya..tapi beliau melalui saat2 sukar dan terpaksa menempuhnya seorang diri (tanpa saya di sisi..sob..sob)

Sebelum ke puncak Kinabalu..beliau membuat persiapan rapi untuk memastikan tubuhnya fit dan cergas. Langkah pertama, beliau order Fat Burner berharga RM 100++..penjual tu cakap kalau tak bersenam pun bleh kurus..cuma ambik fat burner je..bila cuma ambik fat burner n tak bersenam..berat badan beliau sukar utk turun. Apatah lagi pemakanan tak jaga..jd dah rugi di situ..

Bila rasa badan x fit, beliau ambik langkah utk ke gym..Dgn Bayaran RM300 untuk 3 bulan termasuk yuran keahlian, maka sahlah beliau menjadi member Matrix Fitness Seremban 2.
Dgn konsep byr dulu bru main, jd hampir setiap hari beliau ke gym..sbb ape..sbb xnk rugi..dah byr mhl2 kan..tak dtg kompem rugi..lgpun lg 2 bulan je nak naik gunung Kinabalu!
Abg Sado to be😊

Selain dr berlatih di gym, beliau juga dah mula amalkan pemakanan sihat. Ini jugak atas nasihat Ap, jurulatih gym..minyak dan susu tin dh xleh amalkan..nasi pun dh kena kurangkan..dr 1 pinggan ke 1 senduk..hehe..lg 1 die mula ambil ESP & Mealshake sbgi sumber tenaga n multivitamin..rasa mealshake berperisa vanilla tu buat die berminat nak amalkan..best katenye😀

Sebulan bergym, berat badan turun 10kg! Perut buncit dh makin kempis..bonus lengan berketul..hehe..hr2 mengadap cermin smbil tanye..bdn abg ok x? Setiap hr ok! Jenuh nak jwb..haha..kwn2 die pon jeles tgk perubahan drastik die..

Beliau juga mula join group hiking dn mula berhiking n dh jd hobi bru plak..bila die hiking, sy terkulat2 duk sorg kat rmh..hehe..antara puncak yg die dh tawan spt puncak gunung Dato n Gunung Irau..mmg best tgk diorg hiking..rse nk join skali..tp hsbnd sruh tingkatkan stamina dlu bru bleh join..hehe..

Di puncak Irau

Air terjun Lata Medang

Di puncak Bukit Tabur

Setakat ini saja entri sbgi persediaan hsbnd ke Gng Kinabalu..next entri..cerita 3 hari 2 mlm di gunung Kinabalu ye..assalamualaikum!



Saturday, 8 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Lebih Jimat dengan Set Combo Bajet Omega Guard!


Assalamualaikum syg2 semua😀.
Entri kali ini masih lg tntg Omega Guard!
Nak bgtau ni, beli dgn Set ini lg jimat n berkesan tau.

Omega Guard memberi manfaat kesihatan kepada semua peringkat umur. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia secara menyeluruh.

Antara kombinasi Omega Guard “SAVE BAJET” dengan produk lain adalah seperti berikut:

1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak.
• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat

5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Keishatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
• Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakann kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Melegakan sakit2 sendi

13) OMEGA GUARD + SR VITA C
• Manfaat kesihatan kulit
• Meringankan asma
• Meringankan eczema
• Meningkatkan system pertahanan badan
• Meringankan batuk dan selsema
• Kawalan kolesterol
• Mempertingkat kecerdasan mental
• Kecantikan
• Bermanfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
• Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak

14) OMEGA GUARD + VITA E COMPLEX
• Kesihatan jantung
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki
• Mencegah salur darah dari tersumbat

15) OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
• Kawalan diabetes
• Meningkatkan sistem imun
• Kesuburan lelaki
• Kesihatan kulit

16) OMEGA GUARD + MEAL SHAKES
• manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
• meningkatkan kesihatan
• menguatkan daya ingatan dan tumpuan
• memberi tenaga dan selera
• meningkatkan daya tumpuan

Anda berminat nak cuba?
Jom cepat hubungi sy!

Salam Sayang
Siti Raodah Jani
0169583127(sms@wassap@telegram)
#shakleeseremban2
Your Shaklee Independent Distributor
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

Friday, 7 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Omega Guard & Ikan Laut Dalam


 Assalamualaikum semua!

Kita jumpa lg stlh beberapa hari lappy kesayangan xleh nak on..huhu..Nasib baik under warranty lg..harap lappy akan sembuh cepat ye..erkkk..hehe..

Tajuk kita malam ini tentang Omega Guard & ikan laut dalam..seperti yg kita sedia maklum, Omega Guard ni adalah minyak ikan Shaklee..korang pernah ambik scout emulsion x? Terus terang sy ckp...sy x pernah ambik..tapi sy pernah belikan scout emulsion utk mak sy..Katanya boleh sembuhkan batuk..sy pun belila yg perisa oren..mak sy minum dan habiskan..xtaula apa rasa sebenarnya..dulu masa sekolah, ada cikgu2 yg berikan scout emulsion pada pelajar yang mengantuk dalam kelas..Alhamdulillah..sy tak pernah kena...

sehinggalah pada satu hari......burung2 pun berkicauan...haha...adik ipar saya ni ada belikan scout emulsion utk anak dia yg agak lasak (bukan agak tapi SANGAT LASAK)..perisa ..yg warna putih tu..yg xde perisa ape2 tu..sy ambik kesempatan tuangkan kat sudu niat nak bg die minum scout emulsion tu (masa tu mama ngan papa dia xde)..budak tu senyum2 n menggeleng..bila sy hidu..YA ALLAH!! Sy tak tau nak gambarkan macam mana tapi bau saja dah cukup tuk buat sy muntah..patut lah budak tu xnak..sy paksa jugak dia makan..last2 membuang..memang kejam tul mak ayah die kan..sekurang2nya belila yg perisa oren..sedapla ckit budak tu nak mkn..Dan masa tu saya terfikir alangkah beruntungnya sy tak kena suap dek scout emulsion oleh cikgu time skolah dulu...hahaha..

Omega Guard Dan Scout Emulsion..kedua- duanya adalah minyak ikan. Bezanya..Omega Guard adalah minyak ikan yang terbaik di dunia. Kenapa? Pertama..Shaklee telah membelanjakan sebanyak USD 300 juta untuk R&D dan lebih 83000 ujian kualiti setiap tahun demi memastikan produknya betul2 selamat, berkesan dan mesra alam.

Kedua..Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam dan sejuk (e.g ikan sardin, mackerel, herring & anchovies) di perairan Jepun. Omega Guard bukan diperbuat dari hati ikan ye..malah ia 3 kali ganda lebih tumpat dari minyak hati ikan.

Ketiga..Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 yg semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA & banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan sebanyak 950 mg asid lemak Omega 3 DHA & EPA.

Macam mana minyak ikan ni diekstrak? Kebanyakan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan..akan tetapi kaedah ni sangat tidak sesuai kerana ia bukan saja merosakkan sesetengah nutrien penting dalam minyak ikan tersebut malah kandungan logam yang membahayakan kesihatan juga tak dapat ditapis bersih..ishh..bahayakan mcm tu..makan minyak ikan sekali ngan kandungan logam..

Bagaimana cara Shaklee pulak? Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini tau! Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yg paling tulen dan dalam masa yang sama bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, kadmium, dioksin dan PCB (bahan kimia industri yg sgt toksik) dapat disingkirkan. Best ke x?hehe...

TAPI.....KENAPA IKAN LAUT DALAM dan BERIKLIM SEJUK JE YG DIPILIH? Apa keistimewaannya?
Ini adalah kuasa Allah..Pernah tak kita terfikir macam mana ikan boleh hidup dalam lautan BERIKLIM sejuk..ikan tu tak beku ke? Macam mana ikan tu boleh tak beku? Ikan mmpunyai takat beku yang rendah ye. Namun dengan adanya lapisan lemak Omega 3, ianya mampu memanaskan badan ikan2 ini dan mereka boleh berenang2 dgn senang hatinya:)

Nak dijadikan cerita, pada tahun 1970, seorang saintis Amerika telah menemui satu rahsia di mana penduduk Eskimo yg hidup dlm persekitaran yg berbeza, mmpunyai tahap kesihatan yg berbeza. Apa bezanya? Orang Eskimo yg hidup di Greenland, Denmark..yg bekerja sebagai nelayan..TIADA menghidap masalah seperti sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi & kencing manis. Manakala kaum Eskimo yg menetap di Amerika Utara dan bekerja sebagai pemburu..makanan utama mereka daging berkolestrol tinggi..mempunyai masalah penyakit terutamanya yg berkaitan dgn jantung.
Penyelidikan lanjut mendapati ikan dari air laut sejuk mengandungi asid lemak tak tepu yg sangat tinggi iaitu EPA & DHA yg mampu merendahkan lemak dalam darah, menurunkan risiko platlet darah berkumpul dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dgn berkesan.

Begitulah ceritanya...kaitan Omega Guard dgn ikan lautan dalam beriklim sejuk..semua faham ye? Ok gooodd!!
Anda boleh baca kebaikan Omega Guard pd entri sebelum ni ye..
Kita jumpa lg di lain entri..babaiiii!!


Promo Nov : OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1! @ BUY 2 n GET LESS 5%!

Jom jimat di bulan Nov ini!
Hubungi sy utk order.
Siti Raodah Jani
S.ID 1065250
Cod area Seremban 2 & Nilai
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...