Saturday, 6 December 2014

[Shaklee Seremban 2]Tips Mengatasi Stress di Tempat Kerja

Assalamualaikum semua!!
Apa khabar? Emm..mebi ade yg akan jwb..aku sihat..tapi stress la kat tempat keje aku tu..bla..bla..bla..

Stress dan kehidupan memang tak dapat dipisahkan. Siapa pun berisiko untuk mendapat stress. Yang bezanya cuma bagaimana cara seseorang tu meng'handle' stress dgn jayanya. Cuba kita tengok rakan sekerja kat sekeliling kita..kita nampak kan kalau diorg stress..dahi berkerut..mengeluh..garu2 kepala yang tak gatal..atau memang kepala tu berkelemumur..saya pernah terbaca kat majalah apa sy tak ingat..yang stress ni akan menyebabkan masalah kelemumur menjadi serius..haa..nampak logik tak kat situ..hehe..

Okey..Tips mengatasi stress ditempat kerja ni saya cedok sikit-sikit daripada pembacaan entri blog-blog yang hebat..dah lupa apa nama blog tu..heee..teruskan membaca!

Tips 1# Solat dan Berdoa

Stress hadir bila timbulnya masalah yg agak sukar diselesaikan..contohnya masalah dengan attitude @ perangai rakan sekerja..masalah attitude adalah paling sukar diubah kecuali tuan punya badan yang mengubahnya..betul x? Manakala solat pula mempunyai banyak manfaat dan fadilatnya..Solat menunjukkan kita menyerahkan segala-galanya pada Allah S.W.T. Dialah yang memberi ujian dan Dia jugalah yang memberi jalan penyelesaian. Solat, berdoa dan sabar adaah kunci utama bagi seseorang muslim itu untuk sentiasa redha. Bila kita redha, jiwa dan hati kita akan jadi tenang..Jadi kita boleh jauhkan fikiran negatif dan elak diri daripada stress. Kalau kawan kacau time kita tengah buat kerja..istighfarlah cepat2 supaya kita tak rasa marah..okey!

Tips 2# Take 5!

Haa..selalu x dengar perkataan ni? Selalu sangat wak time blaja kat U dlu..hehe..Time belaja mmgla stress bila apa yg lecturer ajar tu susah sgt nak masuk dlm kepala..Ni bila dah kerja pon kena take 5 ke? Ehh..haruslah..Mengikut kajian dan pengalaman sendiri..hanya 5 minit diperlukan utk menjadikan fikiran dan otak yang serabut tu kembali berfungsi dgn baik..Agak2 bos xde tu boleh tido kejap..5 minit jer..alah..bos pon tido kan..siap naik kaki atas meja lg..hehe..kalau taknak tido, boleh pergi pantri buat air..yang penting mesti kena lupakan pasal kerja dalam masa 5 minit tu..faham kan..

Tips 3# Senyum

Nak senyum apanya bile dah stress..stress kenalah mulut muncung..dahi kenalah kerut..hehe.. Kalau nak muka awet muda, korang kena senyum dalam apa jua keadaan sekalipon. Menurut kajian, senyum adalah senaman untuk memantapkan dan menegangkan otot-otot pada muka..bila senyum, orang lain pon akan senyum dengan kita..walaupon kena marah kaw-kaw ngan bos..cuba senyum..secara spontan aura positif akan hadir dan kita akan rasa bos marah untuk mengajar kita..bos sayang kita..sebab tu dia marah..lepas tu ucapkanlah Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana bos aku sudi bagi tunjuk ajar pada ku:) hehe..yang belum pernah try..boleh cuba ye lepas ni..

Tips 4# Tarik Nafas Panjang

Menarik nafas panjang memang terbukti boleh meredakan stress..Bila kita tarik nafas panjang, oksigen yang masuk akan membuatkan fikiran kita akan lebih fokus dan tenang..Tapi make sure jangan tarik nafas panjang kat tempat yang salah ye..hehe..ni tarik nafas panjang kat dalam toilet..lebih malang lg ade pulak orang tengah melepaskan hajat kat toilet sebelah..memang masyuk la jawabnya..silap-silap high mcm orang hidu gam..hahaha

Tips 5# Susun kerja dengan teratur

Susun kerja ikut ke'urgent'annya..hehe..Jangan cakap semua benda pun urgent..itu tak logik ok! tangan kita cuma ada 2 dan otak kita cuma ada 1..takkan kita boleh buat semua kerja dalam masa yang sama..agak-agak la kan..Buat satu checklist untuk setiap hari..bila kerja tu dah settle..kita just tick kan..jadi kita nampak apa yang kita dah buat dan apa yang kita belum buat..Kalau anda seorang yang genius, boleh buat checklist dalam kepala je ye:)

Tips 6# Ubah persekitaran kerja

Kalau meja anda serabut dengan kertas n so on..plzz..mintak tolong buat 5S dengan segera!
Sisihkan mana tak perlu dan yang perlu tu susun dengan kemas dan teratur. Kalau ada habuk ke taik cicak ke..tolonglah bersihkan..jangan biarkan..persekitaran kerja kita menggambarkan siapa kita sebenarnya. Kalau boleh ceriakan meja anda dengan warna yang lain dari warna pejabat yang biasa (putih dan kelabu)..contohnya pilih highlighter warna pink terang..pen warna kuning dan sebagainya..pemilihan warna yang kreatif banyak membantu mengurangkan rasa bosan dan stress semasa bekerja..tak percaya..cuba dulu k!

Tips 7# Cukup Tidur

Esok nak kerja, malam ni tolonglah tido awal. Tidur yang cukup dapat memudahkan seseorang tu berfikir dengan lebih rasional dan sekaligus akan terhindar daripada stress..Buat kerja dalam keadaan mengantuk, bila mengantuk, mudah untuk membuat kesalahan..bila dah salah..kena marah puak ngan bos..tu yang stress tu..

Tips 8# Amalkan Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex dapat merangsang hormon-hormon gembira dan menjadikan kita lebih tenang walaupun sedang menghadapi saat-saat stress yang melampau. Anda boleh dapatkan B Complex ni dari saya ye..Nak jauhkan diri dari stress, boleh consume B Complex setiap hari!

Oklah..sekian saja entri saya kali mi..semoga bermanfaat buat semua!


Anda mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee



Friday, 28 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Udang mentega mabeles!

Assalamualaikum semua..slmt berhujung minggu semua..

Entri hari ni psl resepi udang mentega ye..mne la tau bleh bg idea utk utk mskn yg simple n sedap dihujung minggu ni kan..

Resepi ni sy ambil dr majalah MW..
Okey..xnk cite bnyk..jom kite tgk bhn2 untuk resepi udang mentega..

Udang Mentega Mabeles.credit ot MW

Bahan2 :
♢10 ekor udang dibersihkan
♢500gm mentega
♢10 biji kuning telur
♢6 biji cili padi dihiris halus
♢3 tangkai daun kari

Cara-caranya :

1) Gaulkan udang dengan sedikit garam. Goreng hingga masak. Setelah masak, angkat dan toskan.

2) Cairkan mentega hingga betul-betul panas

3) Pukul kuning telur dan masukkan ke dalam mentega yang telah dipanaskan tadi

4) Kacau perlahan-lahan hingga telur garing. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.

5) Akhir sekali masukkan udang ke dalam adunan telur tadi n kacau sebati. Toskan lebihan mentega dan siap untuk di hidang.

Camna..senang, simple n sedap bukan? Cuba jgn x cuba!


Untuk anda yang mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

Wednesday, 26 November 2014

[Shaklee Seremban 2]Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum sahabat sekalian..Apa kabo korang sume..Harap semuanya sihat ye..
Hari ni saya nak share sepotong ayat Al-Quran yang selalu saya baca dalam doa setiap kali selepas solat. Ayatnya begini...

credit to vnazedy.blogspot.com
Korang yang masih berusaha tuk dapatkan zuriat, nasihat saya korang jangan cepat putus asa.Cuba dan terus mencuba. Korang kena yakin korang memang boleh mengandung dan xmo stress ok?Sambil berusaha kita berdoa sebab anak adalah rezeki..rezeki kena mintak dengan Allah.

Selain doa, ikhtiar dengan pemakanan yang berkhasiat. Salah satunya produk kesuburan Shaklee. Yang saya amalkan sekarang ialah:-

  •  ESP utk menguatkan rahim sebagai persediaan mengandung
  • Vitamin E untuk merangsang mood seks..ehem:)
  • Alfalfa untuk mengurangkan keputihan.
  • Vitamin C untuk menguatkan imunisasi tubuh dan mengurangkan kekerapan demam
  • Mealshake untuk mencukupkan keperluan nutrisi tubuh
Selain itu, kita juga perlu bersenam sekali sekala untuk memastikan tubuh sentiasa cergas..Macam saya selalu gak join husband bergym..Paling best main peralatan yang macam naik tangga tu, kalori cepat hilang tau:)

Ok..setakat ini saja dulu ye..jumpe di entri yg lain..byeee..


Anda mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee




Salam Sayang

Tuesday, 11 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Release Tension di Gold Coast Morib Resort

Promosi utk Gold Coast Morib Resort
Assalamualaikum semua!
Bercuti mmg sgt menyeronokkan..apatah lg utk org yg slalu stress dgn kerja seharian..org kata bercuti ni akn mengembalikan mood n semangat utk terus bekerja..betul x?

Sy dpt promosi ini melalui Groupon. Pakej 2 hari 1 mlm, siap dgn breakfast, bilik studio suite yg dilengkapi jacuzzi dan tiket water theme park utk 2 org..Total harga Rm 168..murah x?hehe..

Kebetulan hsbnd bru balik dr mendaki Guning Kinabalu..jd kire mcm nk celebrate utk kejayaan dia la kan..hihi..

Happy nak pegi bercuti!

Sy sampai di Gold Coast Morib jam 12 pm..sy ingtkan Gold Coast ni lengang xde org..rupe2nya rmi gak org yg bercuti kat sini..sy dtg tanpa booking dahulu..kire hati kering main terjah je..disebabkan sy pernah email utk booking tp x dpt reply dr pihak resort, jd kami pun dpt tnjukkan bukti yg kami prnah email..nasib baik pihak hotel terima n kami pun dpt check in:)


Kat kaunter dah tulis siap2 check in jam 3 pm..check out jam 12pm..jd xlehla pandai2 nak check in awal kan..haha..disebabkan awal lg, kami pun round2 area Pantai Morib..pekena ABC dan cendawan goreng..nak tau bape harga total utk 1 mangkuk ABC n sepinggan cendawan goreng?..RM 10.30..gile x gile..cndwn kertas je kot..mcm bese bile dh terkena..kami akn reject kedai tersebut..lain kali kami xnk terkena lg..haha..

Suasana di Dataran Morib..siap ada busking utk memeriahkan suasana.

Bila jam menghampiri jam 3 ptg, kami terus ke hotel dgn rasa tak sabar nak check in..kami terus ke kaunter n dapatkan kad pembuka pintu..kami dpt bilik di tingkat 7..best giler sbb angin bertiup agak kuat bila di tingkat atas..lepas tu pemandangan hijau yg luas terbentang mmg memukau..bilik tu siap balkoni tau..jadi bleh lepak2 ambik angin kat balkoni..serius best! Bila dah masuk bilik..apa lagi..eh eh..bukan beromen ye..saba2 dulu..haha..kami pun gunakan kepakaran masing2..snap2 gmbr dlm bilik..yg kami paaaaling teruja bila tgk kat bilik mandi....ni dia...

Pemandangan dari balkoni..nampak x dh mcm padang pasir kat tepi pantai tu..hehe

Eh eh..nak pegi mne tu??

Haa..ni la dia jacuzzi dlm bilik..jap lg nak berpesta buih..oppsss..hehe
Haa..bilik air bertingkap okey! Sambil berjacuzzi boleh tgk tv dlm bilik..hehe..tp korg jgn risau..tingkap ni bleh kunci dr dlm bilik air..jd korg jgnla risau kalau kwn2 sebilik korg mengintai time korg melepaskan hajat..haha..

Lg gmbr dlm bilik..

Sedia utk dijadikan lautan buih:)

Katil spring yang selesa

Antara kemudahan yg disediakan

Kelengkapan dalam bilik boleh dikatakan hampir lengkap..ada hair dryer, tv, meja tulis, mini freezer, kettle dan ruang simpanan yg besar! Yg sy suka, bilik ni ada 3 cermin besar2 termasuk dlm bilik air! So xpayah berebut nak pki cermin ya..

Lepas Asar, kami bersiap ke pantai..jalan kaki je dah sampai..kat tepi pantai tu ada bar yg menghidangkan arak..mmg tak sedap mata memandang..tapi kami niatkan dalam hati nak tgk keindahan sunset..jadi semua yg xsedap dipandang tu kami abaikan je:)
Jom tgk gambar sekitar sunset di Morib..

Run for your life!

Suasana klasik yg mendamaikan

Cantik kan sunset kat sini

Pantai Morib ni landai sgt2..bila air laut surut..air mmg jauh ketengah..ada la dlm 100m..jauh kan.
Pantai pun tak berapa sesuai utk mandi sbb agak kotor..tapi pasir pantainya mmg terbaik..sgt haluss okey! Gold Coast Morib ni pun sesuai utk dinner company..sbb ada sediakan semunya mcm aktiviti luar yg mencabar..contohnya parasailing, kayaking n lain2..kat sini pon ada gym, mini market..bilik karaoke pun ade!

Selesai sunset,kami naik bilik utk solat Maghrib..selesai solat, kami keluar untuk dinner..kami tak dinner di hotel sbb agak mahal. RM 50 sorang rasanya..sesapa yang mampu makan banyak mmg berbaloi la mkn dinner ala bufet kat hotel ni.Utk yg macam kami yg mkn sikit je dah kenyang ni, boleh dinner kat tepi pantai..RM 50 utk 2 org..hehe..

Dinner di tepi pantai Morib..BEST!!

Perut dah kenyang, kami balik ke hotel..Lepak stgh jam kat tepi pantai..mata pun dah berat..mmg x larat dah lg2 perut kenyang kan..so kami pon naik bilik utk beradu awal supaya esoknya kami boleh turun srpn awal:)

Selesai Subuh, kami terus bersiap utk turun sarapan..sampai je dewan makan, dah ramai rupanya yg turun..isk..awal btul diorg ni..smpi tmpt duduk hampir tiada..tgk menu mmg menyelerakan..tapi yg agak pelik, ada menu nasi putih! Sarapan pagi nasi putih ngan kari ayam..hehe..tapi kari ayam dia mmg terbaik..walaupun sy tak ambik, sy tau rasanya sbb kuahnya yg pekat n nampak menyelerakan..iskk..ruginya x ambik! Benda pelik tang menu sarapan pagi tu, takde nasi goreng or bihun goreng mcm yg hotel2 biasa sediakan..kat sini mmg lain dari yg lain..TERBAIK!
Mebi menu setiap hari berbeza..mebi pd hari tu menu mereka mmg tak sediakan bihun grg or nasi grg..mebilaa....

Menu yg menyelerakan:)

Okeh..taknak menghampakan korang, sy senaraikan apa menu breakfast yg saya ingat ye..Nasi putih, kari ayam, mee goreng, sosej stim, kentang wedges, kacang panggang, coco crunch dan susu, puding roti, lengkong strawberi, dim sum, roti bakar, bubur nasi, salad dan kodok ikan bilis:)
Selain itu ada juga sediakan tembikai n epal hijau sebagai pencuci mulut..

Bila dh konyang, sonyum momanjang:)

Dah kenyang, hati pon senang..kami naik balik ke bilik..Husband sempat lg tidur sejam 2..mana taknya, tilam empuk dgn sejuk aircond..mmg memanjang mengantuk je la..haha..Jam 11 pg, kami turun ke taman tema air kat bawah..hanya untuk ambik gambar sbb sy tak brape minat nak mandi2 ni..kalau ada budak2 ok gak..tapi mmg kebanyakan yg mandi-manda pun budak2 je..mak bapak budak hanya memerhati..

Mak ayah lyn ank2..

Bebas di air:)

Dah snap sana sini, sampai masa nak checkout..sebelum check out, bantai berendam dulu.. habiskan segala sabun yg ada tuk jadikan buih..pastu bukak blower n feeling2 mcm org kaya..mmg BEST!

Dah puas berendam, kami bersiap utk checkout..dalam hati niat nak datang lg bwk mak ayah pulak..tak pun bwk anak2 sedara yg mmg suka main air..Bwk anak2 mmg best, time ni la diorg nk bersukaria..ye tak..

Ok lah..dah pjg sgt membebel ni..Korang yg nak rasa apa yg best kat Gold Coast Morib ni, call je terus utk booking..sbb bilik selalu habis tau..kalau nak datang terjah je pon boleh, tapi tak janji boleh dapat ke tak..hehe..Ok byeee..Assalamualaikum..


Untuk anda yang mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee




Salam Sayang

Sunday, 9 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Menggapai awan di Puncak Kinabalu.



Bangga di puncak Kinabalu
Assalamualaikum sahabat sekalian! Entri kali ini lari sikit dari cerita Shaklee ye..hehe..

Cerita tentang impian suami saya yg mahu menawan puncak Kinabalu dan kini dah pun tercapai..Alhamdulillah..Namun ianya tidak semudah yang disangka. Nak ke puncak tu tak lah susah sgt katanya..tapi beliau melalui saat2 sukar dan terpaksa menempuhnya seorang diri (tanpa saya di sisi..sob..sob)

Sebelum ke puncak Kinabalu..beliau membuat persiapan rapi untuk memastikan tubuhnya fit dan cergas. Langkah pertama, beliau order Fat Burner berharga RM 100++..penjual tu cakap kalau tak bersenam pun bleh kurus..cuma ambik fat burner je..bila cuma ambik fat burner n tak bersenam..berat badan beliau sukar utk turun. Apatah lagi pemakanan tak jaga..jd dah rugi di situ..

Bila rasa badan x fit, beliau ambik langkah utk ke gym..Dgn Bayaran RM300 untuk 3 bulan termasuk yuran keahlian, maka sahlah beliau menjadi member Matrix Fitness Seremban 2.
Dgn konsep byr dulu bru main, jd hampir setiap hari beliau ke gym..sbb ape..sbb xnk rugi..dah byr mhl2 kan..tak dtg kompem rugi..lgpun lg 2 bulan je nak naik gunung Kinabalu!
Abg Sado to be😊

Selain dr berlatih di gym, beliau juga dah mula amalkan pemakanan sihat. Ini jugak atas nasihat Ap, jurulatih gym..minyak dan susu tin dh xleh amalkan..nasi pun dh kena kurangkan..dr 1 pinggan ke 1 senduk..hehe..lg 1 die mula ambil ESP & Mealshake sbgi sumber tenaga n multivitamin..rasa mealshake berperisa vanilla tu buat die berminat nak amalkan..best katenye😀

Sebulan bergym, berat badan turun 10kg! Perut buncit dh makin kempis..bonus lengan berketul..hehe..hr2 mengadap cermin smbil tanye..bdn abg ok x? Setiap hr ok! Jenuh nak jwb..haha..kwn2 die pon jeles tgk perubahan drastik die..

Beliau juga mula join group hiking dn mula berhiking n dh jd hobi bru plak..bila die hiking, sy terkulat2 duk sorg kat rmh..hehe..antara puncak yg die dh tawan spt puncak gunung Dato n Gunung Irau..mmg best tgk diorg hiking..rse nk join skali..tp hsbnd sruh tingkatkan stamina dlu bru bleh join..hehe..

Di puncak Irau

Air terjun Lata Medang

Di puncak Bukit Tabur

Setakat ini saja entri sbgi persediaan hsbnd ke Gng Kinabalu..next entri..cerita 3 hari 2 mlm di gunung Kinabalu ye..assalamualaikum!



Saturday, 8 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Lebih Jimat dengan Set Combo Bajet Omega Guard!


Assalamualaikum syg2 semua😀.
Entri kali ini masih lg tntg Omega Guard!
Nak bgtau ni, beli dgn Set ini lg jimat n berkesan tau.

Omega Guard memberi manfaat kesihatan kepada semua peringkat umur. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia secara menyeluruh.

Antara kombinasi Omega Guard “SAVE BAJET” dengan produk lain adalah seperti berikut:

1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak.
• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat

5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Keishatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
• Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakann kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Melegakan sakit2 sendi

13) OMEGA GUARD + SR VITA C
• Manfaat kesihatan kulit
• Meringankan asma
• Meringankan eczema
• Meningkatkan system pertahanan badan
• Meringankan batuk dan selsema
• Kawalan kolesterol
• Mempertingkat kecerdasan mental
• Kecantikan
• Bermanfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
• Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak

14) OMEGA GUARD + VITA E COMPLEX
• Kesihatan jantung
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki
• Mencegah salur darah dari tersumbat

15) OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
• Kawalan diabetes
• Meningkatkan sistem imun
• Kesuburan lelaki
• Kesihatan kulit

16) OMEGA GUARD + MEAL SHAKES
• manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
• meningkatkan kesihatan
• menguatkan daya ingatan dan tumpuan
• memberi tenaga dan selera
• meningkatkan daya tumpuan

Anda berminat nak cuba?
Jom cepat hubungi sy!

Salam Sayang
Siti Raodah Jani
0169583127(sms@wassap@telegram)
#shakleeseremban2
Your Shaklee Independent Distributor
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

Friday, 7 November 2014

[Shaklee Seremban 2] Omega Guard & Ikan Laut Dalam


 Assalamualaikum semua!

Kita jumpa lg stlh beberapa hari lappy kesayangan xleh nak on..huhu..Nasib baik under warranty lg..harap lappy akan sembuh cepat ye..erkkk..hehe..

Tajuk kita malam ini tentang Omega Guard & ikan laut dalam..seperti yg kita sedia maklum, Omega Guard ni adalah minyak ikan Shaklee..korang pernah ambik scout emulsion x? Terus terang sy ckp...sy x pernah ambik..tapi sy pernah belikan scout emulsion utk mak sy..Katanya boleh sembuhkan batuk..sy pun belila yg perisa oren..mak sy minum dan habiskan..xtaula apa rasa sebenarnya..dulu masa sekolah, ada cikgu2 yg berikan scout emulsion pada pelajar yang mengantuk dalam kelas..Alhamdulillah..sy tak pernah kena...

sehinggalah pada satu hari......burung2 pun berkicauan...haha...adik ipar saya ni ada belikan scout emulsion utk anak dia yg agak lasak (bukan agak tapi SANGAT LASAK)..perisa ..yg warna putih tu..yg xde perisa ape2 tu..sy ambik kesempatan tuangkan kat sudu niat nak bg die minum scout emulsion tu (masa tu mama ngan papa dia xde)..budak tu senyum2 n menggeleng..bila sy hidu..YA ALLAH!! Sy tak tau nak gambarkan macam mana tapi bau saja dah cukup tuk buat sy muntah..patut lah budak tu xnak..sy paksa jugak dia makan..last2 membuang..memang kejam tul mak ayah die kan..sekurang2nya belila yg perisa oren..sedapla ckit budak tu nak mkn..Dan masa tu saya terfikir alangkah beruntungnya sy tak kena suap dek scout emulsion oleh cikgu time skolah dulu...hahaha..

Omega Guard Dan Scout Emulsion..kedua- duanya adalah minyak ikan. Bezanya..Omega Guard adalah minyak ikan yang terbaik di dunia. Kenapa? Pertama..Shaklee telah membelanjakan sebanyak USD 300 juta untuk R&D dan lebih 83000 ujian kualiti setiap tahun demi memastikan produknya betul2 selamat, berkesan dan mesra alam.

Kedua..Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam dan sejuk (e.g ikan sardin, mackerel, herring & anchovies) di perairan Jepun. Omega Guard bukan diperbuat dari hati ikan ye..malah ia 3 kali ganda lebih tumpat dari minyak hati ikan.

Ketiga..Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 yg semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA & banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan sebanyak 950 mg asid lemak Omega 3 DHA & EPA.

Macam mana minyak ikan ni diekstrak? Kebanyakan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan..akan tetapi kaedah ni sangat tidak sesuai kerana ia bukan saja merosakkan sesetengah nutrien penting dalam minyak ikan tersebut malah kandungan logam yang membahayakan kesihatan juga tak dapat ditapis bersih..ishh..bahayakan mcm tu..makan minyak ikan sekali ngan kandungan logam..

Bagaimana cara Shaklee pulak? Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini tau! Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yg paling tulen dan dalam masa yang sama bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, kadmium, dioksin dan PCB (bahan kimia industri yg sgt toksik) dapat disingkirkan. Best ke x?hehe...

TAPI.....KENAPA IKAN LAUT DALAM dan BERIKLIM SEJUK JE YG DIPILIH? Apa keistimewaannya?
Ini adalah kuasa Allah..Pernah tak kita terfikir macam mana ikan boleh hidup dalam lautan BERIKLIM sejuk..ikan tu tak beku ke? Macam mana ikan tu boleh tak beku? Ikan mmpunyai takat beku yang rendah ye. Namun dengan adanya lapisan lemak Omega 3, ianya mampu memanaskan badan ikan2 ini dan mereka boleh berenang2 dgn senang hatinya:)

Nak dijadikan cerita, pada tahun 1970, seorang saintis Amerika telah menemui satu rahsia di mana penduduk Eskimo yg hidup dlm persekitaran yg berbeza, mmpunyai tahap kesihatan yg berbeza. Apa bezanya? Orang Eskimo yg hidup di Greenland, Denmark..yg bekerja sebagai nelayan..TIADA menghidap masalah seperti sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi & kencing manis. Manakala kaum Eskimo yg menetap di Amerika Utara dan bekerja sebagai pemburu..makanan utama mereka daging berkolestrol tinggi..mempunyai masalah penyakit terutamanya yg berkaitan dgn jantung.
Penyelidikan lanjut mendapati ikan dari air laut sejuk mengandungi asid lemak tak tepu yg sangat tinggi iaitu EPA & DHA yg mampu merendahkan lemak dalam darah, menurunkan risiko platlet darah berkumpul dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dgn berkesan.

Begitulah ceritanya...kaitan Omega Guard dgn ikan lautan dalam beriklim sejuk..semua faham ye? Ok gooodd!!
Anda boleh baca kebaikan Omega Guard pd entri sebelum ni ye..
Kita jumpa lg di lain entri..babaiiii!!


Promo Nov : OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1! @ BUY 2 n GET LESS 5%!

Jom jimat di bulan Nov ini!
Hubungi sy utk order.
Siti Raodah Jani
S.ID 1065250
Cod area Seremban 2 & Nilai
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

Friday, 31 October 2014

[Shaklee Seremban 2] Promo Nov ♥OMEGA GUARD♥

Salam ceria Sabtu semua!
Yg kena kerja tu, kerja seikhlas ht ye☺
Promo ESP dh berakhir dgn jayanya.
Hr ni sy nk umumkan promo Nov 2014.........

Omega Guard BUY 6 FREE 1!
JIMAT SEHINGGA RM 100++

Omega Guard antaranya membantu untuk mengekalkan kesihatan jantung kita, menguatkan daya ingatan, membantu membakar lemak dan membantu mengatasi GOUT.

Jom jimat di bulan Nov ini!
Hubungi sy utk order.
Siti Raodah Jani
S.ID 1065250
0169583127
Cod area Seremban 2 & Nilai
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

[Shaklee Seremban 2] Resepi Kuih Talam Jagung Lemak Manis


Credit to twinseera.blogspot.com
Assalamualaikum semua!
Hari ni sy nak share resepi masakan pula. Sebelum tu nak bagitau Promo ESP & Mealshake akan berakhir malam ini! Jadi sesiapa yang terlepas tu alamat gigit jari la ye:P

Ok..mood hujung minggu bermula..sambil2 tgk tv ni tengok2 ada resepi yg boleh dikongsi..Bila tengok kuih ni, teringat kat mak yang rajin buat kuih..Lepas tu teringat bila time sy masak, mak balik dari berkebun terus excited nak makan..Apalagi yang boleh menyenangkan hati anak yang memasak bila mak ayah makan dengan berselera walaupun menu simple saja..Alhamdulillah..

Dalam perkongsian ini, terus terang saya cakap saya juga sedang mendalami ilmu masakan ni..Saya tak rajin memasak apatah lagi sekarang ni suami saya sedang berdiet. Masak sekali sekala tu pun nasi secawan saja utk mkn 2 org:) Tapi saya suka berkongsi..Mesti resepi ni boleh bagi faedah buat seseorang kan...Ok..here we go!

Bahan-Bahan

Bahan lapisan bawah (A) :

  • 250gm tepung beras
  • 60gm tepung gandum
  • 1 sudu teh tepung ubi
  • 350ml santan pekat
  • 800ml air


Bahan lapisan bawah (B):

  • 100gm gula kastor
  • 1/2 tin jagung manis
  • sedikit pewarna kuning lemon
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuat lapisan bawah :

  1.  Satukan semua bahan A, kacau hingga sebati dan tapis kedalam periuk.
  2. Masukkan bahan-bahan B ke dalam bancuhan A.
  3. Kacau atas api hingga naik wap dan tuangkan ke dalam loyang berukuran 10" x 10" x 3" yang dialas dengan plastik 16" x 16".
  4. Kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar dengan garfu dan ketepikan.


Bahan lapisan atas :

  • 150gm tepung gandum
  • 150gm gula kastor
  • 250ml santan pekat
  • 450ml air
  • 2 biji telur
  • Pewarna hijau dan perasa pandan.
Cara membuat lapisan atas :

  1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak atas api hingga naik wap.
  3. Apabila masak, tuang ke atas lapisan bawah tadi. Kukus selama 25 minit.
  4. Sejukkan sekurang-kurangnya 6 jam pada suhu bilik sebelum dipotong. 
Hidangan ini sangat sesuai utk hidangan minum petang. Resepi mudah je kan..kata orang..campak2 je:)
Ok guys! Selamat Mencuba!

sumber : majalah Mingguan Wanita


Untuk anda yang mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

[Shaklee Seremban 2] Harith Iskander Show!

Assalamualaikum semua!
Selamat hari Khamis..esok dh jumaat..rasa sekejap je dh hujung minggu blik..bumi semakin laju berputar..masa tak menunggu kita..sebaliknya kita yg sntiasa mengejar masa smpi ade yg x ckup masa:)

Oklah..pjgnya pot pet..ni sy nak cerita psl mlm td la..sy n hsbnd pg show Harith Iskander dgn tiket berharga RM 121 sekeping..2 keping dh Rm 242..haaa..mhl kan..bleh wat mkn dkt sebulan (utk sy sorg la..hehe)..tp dua2 tiket tu FREE! Hadiah dr IJM LAND..Overall show tu mmg best! To know Malaysia is to laugh Malaysia tajuknya.


Apa yg lg mengharukan..cina melayu india semua support show ni..harga tiket pling mahal Rm 2++..tu pon abis! Woww!

Pengacara malam tu Adibah Nor..beliau pun bleh tahan kalau melawak..tambah2 dgn badannya yg berisi tu..hehe..ada 2 org pelawak jemputan..Dr. Jason Leong n CJ dr India..pure India tu..kedua-duanya memperjuangkan stand up comedy.

Harith digelar Mr Malaysia sbb beliau selalu mengambil inspirasi lawaknya dr warna-warni budaya dan kebiasaan orang Malaysia. Beliau juga banyak bercerita tentang pengalaman lawak ahli keluarganya. Penyampaian yg bertenaga membuatkan penonton tak kering gusi termasuklah cik abg sy..hehe..

Apapun tahniah atas kejayaan show ini. Mr Malaysia BEST!!


Untuk anda yang mahukan kehidupan yg lebih sihat?
Jom cuba vitamin Shaklee!

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

Tuesday, 28 October 2014

[Shaklee Seremban 2] Ketagih ESP?

Salam uollss:)

Kabare? Harap semua sihat dan cergas sentiasa.

Uollss pernah dgr x org ketagih ESP? Ceritanya berlaku ptg td. Sy bru balik kerja..husband dah merayu2 suruh buatkan air..dalam hati berkata "laaa..xkan nak buat air pun nak kena ckp mcm ni?"
Bila tanya air ape..beliau ckp air yg campur oat n ESP tu..alahai..manjanya la husband i ni kan..rupanya die takut klu buat sndri jd x sedap..

So time minum tu sy pun bgtau la cara nak bancuh Oat + ESP + Tamar Cocoa + MEALSHAKE..ESP n mealshake tak boleh bancuh dgn air panas ye..air suam takpe..sebab nutrien dalam kedua2 sumber vitamin ni mudah rosak pada suhu tinggi..bila rosak ape maknanya tuh..maknanya kita dpt hampas jela..hehe..

So uollss...promo ESP &MEALSHAKE hanya tinggal 3 hari saja lg.
Jom dapatkan pada harga jimat!
Hanya untuk bulan ini saja!

Anda nak order?
Jgn segan2 kontek saya!
Siti Raodah Jani
S.ID 1065250
0169583127 (sms/wassap)
FB :Raudahku VitaShake
Page : Raudahku E-Shoppe

Saturday, 25 October 2014

[Shaklee Seremban 2] Testimoni Kurus dgn ESP!




♥ Testimoni Set Slimming ♥

**gmbr semasa berat badan 104kg ini diambil pd May 2014 dan berat itu kekal sehingga beliau mendaftar sbg ahli matrix fitness pd Ogos 2014***

Salam uollss:)

Hr ni nk share dgn uollss tntg seseorg yg bercita-cita nak turunkan berat badan n xnk dipanggil beboyot lg..haha..bukan sape pun..suami sy saje..

Sebenarnya sumenye bermula dr impiannya nk menawan puncak kinabalu. So nk ke puncak kinabalu kena lah fit kan. Mula2 beliau cuma berjogging kat area taman ni saja..makan x jaga..sekali mkn mst bertambah apatah lg bila ddk kampung..selera makannya mmg tinggi..so mcm mana nak turun berat bdn kan..

So, akhir bulan 8 hr tu kami sama2 cari gym yg best utk berexercise..kami jmpe matrix fitness di s2 n terus daftar jadi ahli..husband pun dilatih dgn jurulatih profesional gym tersebut. Blh dikatekan stiap hr hsbnd ke gym..sbb ape..sbb dh byr kan..rugi la klu x pg

Apa pulak yg sy buat utk bg galakan smpi die turun berat badan dgn cepat? Haa..langkah pertama..jg makanan die..penggunaan minyak n pengambilan nasi kena kurgkn..dlu klu grg telur dadar minyak mst banjir kat kuali..skrg minyak setakat utk elak telur melekat kat kuali je..dlu mkn nasi 2 pinggan..skrg 1 senduk je sehari.

Langkah kedua..galakan dia ambil sarapan pg sbb sarapan pg sgt pnting utk kecergasan sepanjang hari..setiap pg sy bancuhkan oat + ESP + MEALSHAKE..beliau pun suke ngan kelazatan esp n mealshake ni..beliau ambil tanpa banyak cerita..tugas beliau yg bergelumang dgn cat sentiasa memerlukan tenaga yg cukup smpi habis waktu kerja..yg bestnya bila ambil set diet ESP ni, rasa kenyang lebih lama! Rehat pukul 9 pg cuma ambil seketul kuih saja berbanding dgn dulu mesti ambil sepinggan mee grg @ nasi lemak.

Skrg..impian beliau nak turunkan berat badan dh jd kenyataan..beliau telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dlm masa sebulan stgh tanpa mengurangkan nutrisi yg sepatutnya diambil setiap hari!!


Anda ada cita2 nak turunkan berat badan?
Jgn segan2 contact sy!
Siti Raodah Jani
S.ID 1065250
0169583127 (wassap/sms)
Like : Raudahku E-Shoppe
Lawati raudahkuvitashake.blogspot.com
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

[Shaklee Seremban 2] Testimoni Kurus dgn ESP!




♥ Testimoni Set Slimming ♥

**gmbr semasa berat badan 104kg ini diambil pd May 2014 dan berat itu kekal sehingga beliau mendaftar sbg ahli matrix fitness pd Ogos 2014***

Salam uollss:)

Hr ni nk share dgn uollss tntg seseorg yg bercita-cita nak turunkan berat badan n xnk dipanggil beboyot lg..haha..bukan sape pun..suami sy saje..

Sebenarnya sumenye bermula dr impiannya nk menawan puncak kinabalu. So nk ke puncak kinabalu kena lah fit kan. Mula2 beliau cuma berjogging kat area taman ni saja..makan x jaga..sekali mkn mst bertambah apatah lg bila ddk kampung..selera makannya mmg tinggi..so mcm mana nak turun berat bdn kan..

So, akhir bulan 8 hr tu kami sama2 cari gym yg best utk berexercise..kami jmpe matrix fitness di s2 n terus daftar jadi ahli..husband pun dilatih dgn jurulatih profesional gym tersebut. Blh dikatekan stiap hr hsbnd ke gym..sbb ape..sbb dh byr kan..rugi la klu x pg

Apa pulak yg sy buat utk bg galakan smpi die turun berat badan dgn cepat? Haa..langkah pertama..jg makanan die..penggunaan minyak n pengambilan nasi kena kurgkn..dlu klu grg telur dadar minyak mst banjir kat kuali..skrg minyak setakat utk elak telur melekat kat kuali je..dlu mkn nasi 2 pinggan..skrg 1 senduk je sehari.

Langkah kedua..galakan dia ambil sarapan pg sbb sarapan pg sgt pnting utk kecergasan sepanjang hari..setiap pg sy bancuhkan oat + ESP + MEALSHAKE..beliau pun suke ngan kelazatan esp n mealshake ni..beliau ambil tanpa banyak cerita..tugas beliau yg bergelumang dgn cat sentiasa memerlukan tenaga yg cukup smpi habis waktu kerja..yg bestnya bila ambil set diet ESP ni, rasa kenyang lebih lama! Rehat pukul 9 pg cuma ambil seketul kuih saja berbanding dgn dulu mesti ambil sepinggan mee grg @ nasi lemak.

Skrg..impian beliau nak turunkan berat badan dh jd kenyataan..beliau telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dlm masa sebulan stgh tanpa mengurangkan nutrisi yg sepatutnya diambil setiap hari!!


Anda ada cita2 nak turunkan berat badan?
Jgn segan2 contact sy!
Siti Raodah Jani
S.ID 1065250
0169583127 (wassap/sms)
Like : Raudahku E-Shoppe
Lawati raudahkuvitashake.blogspot.com
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

[Shaklee Seremban 2] Get Clean Water




Anda pasti air yg anda minum 100% terhindar drpd bahan kimia yg memudaratkan? Menurut agensi perlindungan alam sekitar, air yg kita minum adlh bertanggungjawab sehingga 20% drpd pendedahan plumbum kpd manuasia.

Laporan EPA menunjukkan sekurang2nya 13% drpd sistem rawatan air negara telah melanggar akta air minum yg selamat dlm setiap 5 tahun yg lalu. Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon utk menapis dan membersihkan air anda. Setiap penapis mampu menapis air sehingga 80 gelen air!

Mengapa Get Clean Water begitu Istimewa?

♥ Ianya SELAMAT digunakan kerana mampu menyingkirkan kandungan plumbum dan pelbagai bendasing yg lain.

♥Ianya MESRA ALAM kerana menggunakan sistem penuras Jag Air dengan blok karbon isian semula yg mana ia akan mengurangkan timbunan sisa. Setiap penuras diperbuat drpd arang tempurung kelapa yg tahan lasak dan mudah dilupuskan.

♥Ianya HANDAL kerana dapat menghasilkan 303L (80 gelen) air bersih utk setiap turasan di mana ianya 2 KALI GANDA lebih banyak drpd jenama lain.

♥Ianya adalah PILIHAN BIJAK kerana Get Clean Water memberikan kita air bersih dgn kos hanya BEBERAPA SEN SELITER!

Satu Set Get Clean Water hanya RM 470 termasuk pos.

Anda mahukan harga istimewa?
PM @ sms @ whatsapp 0169583127
Siti Raodah Jani
♥Inspirasi untuk hidup secara sihat♥
#shakleeseremban2
#seremban2
#seremban
#nilai
#sayajual
#sayajualshaklee

Tuesday, 7 October 2014

[Bali Trip] Bali Untuk Kedua Kalinya Part 2

Assalamualaikum semua!

Jam menunjukkan pukul 1.05..aku masih di sini..menghadap lappy kesayangan sambil menonton Indiana Jones..haha..dahsyat betul diorang buat filem..ternganga aku dibuatnya:)

Anyway..kita sambung cerita semalam..tapi sebelum tu aku nak share ckit cerita hari ini..biar gambar berbicara..hehe..

Husband menawan puncak Gunung Datuk
Okeh..kita terbang semula ke Bali..eheh..Kami sampai jua di KLIA setelah menempuh traffic yg membosankan..Kami diberikan penerangan ringkas oleh agen pelancongan tentang apa yang patut dan tidak patut dibawa dlm hand luggage. Setelah itu kami diminta untuk menyusun beg masing2 untuk check in...

Waktu berlepas jam 4 pg..haaiisshh...sape punya plan la tuk bertolak sebelum subuh kan.rasa mengantuk toksah nak citerla..tapi tengok gelagat masing-masing yang excited, hilang rasa mengantuk..Malah tika diajak oleh yang lainnya utk menjamah makanan di KFC KLIA, aku ok je..walhal harganya lebih mahal daripada di luar. Fikirku, apa salahnya berlagak kaya sekejap kan..hehehe...

Waktu menghampiri jam 4 pagi..Kami bergerak memenuhi perut kapal terbang setelah puas menunggu di luar. Kami menaiki penerbangan MAS yang agak selesa. Dilengkapi dengan skrin tv untuk setiap orang. Kami juga dihidangkan dengan pilihan sarapan nasi lemak dan ommelet. Agak menyelerakan sebab dah lapar kan..so telan jelah..hehe..

Selesai makan tapi kapal terbang masih belum mendarat di tanah Bali. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam. Kami mengisi masa yang ada dengan menonton filem yang tersedia di skrin. Ada yang terus tertidur setelah makan. Amboii...x sihat gitu tido lepas makan..hehe..

Aku tersedar bila sinar matahari memancar terang. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Alaa..ruginya tak dapat tengok sunrise..mesti cantik kalau dapat ambik gambar. Aku lihat Siva disebelahku begitu khusyuk menonton. Aku dah tak sanggup lagi..Aku lelapkan mata kembali. Siapla nanti kita akan tengok ramai panda turun dari pesawat..haha

Juruterbang mengumumkan waktu untuk mendarat telah tiba. Sangat mengagumkan sebaik saja kapal terbang mendarat, suasana di Lapangan Terbang Ngurah Rai sangat mendamaikan. Matahari terang memancar seakan mengalu-alukan kehadiran kami.. Ahhh...sekali lagi aku menjejakkan kaki di Ngurah Rai...

Bersambung di Part 3...


Salam Sayang

Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
0169583127 (sms / whatsapp)
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

Saturday, 27 September 2014

[Kota Kinabalu] : Negeri di Bawah Bayu Part 1

Assalamualaikum semua!

Apa khabar..semoga sihat sentiasa..
Sy baru saja menjejakkan kaki kembali ke semenanjung setelah 4 hari di Kepulauan Borneo.
Hehe..ni adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, bukan sy nak menunjuk yg sy banyak duit..tapi niat sy untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Agung.
Ditambah dengan minat husband yang suka berjalan tengok tempat orang dan keadaan kami yang masih belum dikurniakan zuriat membuatkan kami menjadikan aktiviti melancong antara aktiviti kegemaran kami.

Amboii..panjang betul intronya..Harap anda x bosan ye:)

Ok..cerita bermula apabila kami sampai di LCCT, dihantar oleh akak ipar husband a.k.a biras sy n adik husband a.k.a adik ipar sy serta 2 org anak sedara..Salah seorang anak sedara kesayangan kami menangis-nangis nak ikut kami..alahaiii..kesian die:)

Eyoi menangis nak ikut:)
Tanpa sempat memujuknya, kami terus melangkah ke check-in area. Kami lihat ramai Mat Saleh tidur dengan selambanya di tepi kawasan sebelum check-in. Mungkin mereka sedang menunggu flight transfer dan malas nak tidur di hotel. Jadi di tepi-tepi tempat duduk pun jadilah..Janji mata dapat lelap:)

Tips : Sebelum masuk, pastikan betul2 no flight, masa penerbangan dan no pintu gate pada skrin penunjuk tu betul ye..jangan sampai terlepas flight..nanti kena beli tiket lain pula..rugi!

Oleh kerana kami hanya membawa hand luggage, kami tidak perlu check in barang-barang kami.

Apabila masa penerbangan telah tiba, kami pun beratur dan menyerahkan I.C dan boarding pass untuk diperiksa. Selesai..kami terus menuju ke kapal terbang yang akan membawa kami ke Kota Kinabalu.

Tips : Ini adalah penerbangan kami yang ke-6 menggunakan Air Asia dan setiap kali itu jugalah kami terpaksa menapak selama lebih kurang 5-10 minit untuk ke kapal yang akan dinaiki. Oleh itu kami nasihatkan sekiranya anda mahu membawa ibu anda yang sudah uzur dan dah  tak berapa nak kuat untuk berjalan, pastikan anda membawa kerusi roda untuk ibu bapa anda. Kerusi roda sendiri tidak dikenakan caj..boleh rujuk SINI.

Masuk je air plane, kami terus cari tempat duduk kami yang berharga RM 6 seorang itu..Buat anda yang belum pernah menaiki AirAsia, pihak AirAsia akan memberikan kita tempat duduk yang mungkin terpisah daripada pasangan kita. Walaupun kita beli pada masa yang sama, ia bukan bererti kita akan duduk sebelah menyebelah. Jadi untuk mengelakkan kebosanan, kami terpaksa mem'burn'kan duit kami RM 24 semata-mata untuk memastikan kami duduk sebelah menyebelah semasa pergi dan balik.

Sebungkus gula-gula utk 2 jam penerbangan:)


Penerbangan seperti biasa..husband seperti biasa..kurang selesa dengan keadaan seat yang agak rapat..tapi nak buat macam mana..percutian bajetla katakan..hehe..

Bersambung ke Part 2...








Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor

Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
fax:
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...