Amacam? Sempoi tak tajuk kat atas ni..hahaha..mcm retis gitu=D
Aku nak tulis secara santai dengan cerita yang ringan..Ianya tentang kehidupan dan kisah hidup yang aku lalui selama 29 tahun..
Aku dilahirkan pada 30 Januari 1985 di Hospital Batu Pahat. Adik beradikku hanya 3 orang dan aku anak yang kedua. Semasa aku berusia 2 tahun, satu kejadian yang tidak diingini berlaku..Aku telah cedera parah diserang seekor beruk yang mungkin sedang kelaparan.
Pada ketika itu, aku tidur berseorangan di dalam buaian..Ibuku sedang mencuci baju dan ayah serta abangku sedang menunaikan solat..Diceritakan bahawa memang ada seekor beruk besar yang garang selalu berlegar-legar di kawasan rumahku..Al-maklumlah, kawasan rumahku dipenuhi pokok-pokok dan mungkin menjadi habitat beruk tersebut sebelum ayah mendirikan rumah di situ.
Diceritakan bahawa kecederaanku sangat parah..sehinggakan jantungku terkeluar..parah kan..
Pada masa itu aku tak dapat gambarkan betapa sakitnya aku dan betapa hancur luluhnya perasaan ibu bapaku melihat keadaan aku waktu itu..Aku segera dikejarkan ke hospital..
Aku tak tahu berapa lama sebenarnya aku dihospital..Yang aku tahu, 3 bulan aku duduk di wad hospital JB..Wajah ayahku terpampang disurat khabar..namun keratan berita itu sudah hilang entah ke mana..
Diceritakan bahawa tangan aku terpaksa diikat dikatil hospital dek kerana kecederaanku dan keagresifan aku meronta-ronta nak balik rumah. Alhamdulillah, Allah telah beri aku peluang kedua untuk terus hidup.
Bila aku dah besar..umur lingkungan 5 tahun..aku sedar yang aku & keluargaku menjadi perhatian penduduk kampung..Mungkin ada reporter yang datang mahu mengambil gambar kesan kecederaanku tapi aku menyorok tak mahu berjumpa mereka. Bila aku ke kedai, ada yang suruh aku selak baju untuk lihat kesan jahitan di dada aku...
Kesan parut yang ada pada diriku kekal hingga ke hari ini..Yang paling terkesan adalah kakiku yang menjadi bengkok ekoran terputusnya urat di kaki dek cakaran si beruk yang ganas itu.
Namun kesan gigitan itu tidak menghalang aku membesar seperti kanak-kanak yang lain. Aku juga bersekolah seperti biasa..Suatu hari ketika aku di tingkatan 2, seorang reporter Majalah Pesona telah menungguku di rumah..Dia mengambil gambar dan menemurahku..Sekali lagi aku jadi retis bila gambarku terpampang dikulit majalah itu..Malu pun ada tapi aku terima saja dengan hati terbuka..
Aku membuktikan kesan kecederaan serius ku itu tidak menghalang aku bergiat aktif..percaya atau tidak..dengan kaki aku yang terputus urat itu, aku pernah mewakili pasukan kawad peringkat sekolah..hehehe..baru peringkat sekolah ok!
Aku juga membuktikan bahawa kecederaan semasa aku berumur 2 tahun itu tidak menghalang aku untuk bekerja kilang selepas sekolah dan pernah menjadi pekerja terbaik bulanan.
Aku juga membuktikan yang aku mampu meneruskan pelajaran di matrikulasi dan universiti..
Semasa di matrik,aku juga pernah dicalonkan untuk Kawad Kaki Terbaik namun pertandingan kawad itu dibatalkan disaat-saat akhir.
Dan percaya atau tidak, aku bertekad untuk menyertai PALAPES di UTHM selama 3 tahun dan menerima watikah sebagai Pegawai Muda berpangkat Leftenan Muda oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Zainal Abidin..
Watikah Perlantikan sebagai Leftenan Muda |
Terima watikah
Dan percaya atau tidak, tidak ramai yang tahu kisah silamku dan orang pun tak pernah tanya kenapa kaki aku bengkok..Mungkin kerana aku sentiasa berusaha untuk menjadi seperti insan normal yang lain dan tidak menunjukkan kelemahanku...mungkinlah..
Setakat ini saja coretan Si Pari-Pari Pujangga..Sehingga bertemu lagi..Babaiiii
Salam Sayang
Siti Raodah Jani
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake
LIKE Raudahku E-Shoppe
Shaklee Independent Distributor
Shaklee - Inspirasi untuk Kehidupan Lebih Sihat
tel.:017-2243 210
raudah851@yahoo.com
https://www.facebook.com/raudahku.vitashake
LIKE Raudahku E-Shoppe
No comments:
Post a Comment
raudah851@yahoo.com